Di sebelah merupakan sebuah nebula planetari yang digelar Dumbbell Nebula, M27, yang terletak di dalam buruj Vulpecula. Nebula ini digelar sedemikian rupa kerana bentuknya seperti sebuah dumbbell (alat angkat berat).
Nebula ini mempunyai kecerahan sekitar magnitud 7.6, boleh dikatakan agak cerah dan boleh dilihat mudah dengan teleskop (secara teorinya). Namun realitinya, ia sungguh susah untuk dicerap walaupun menggunakan teleskop sebesar 8 inci! Ini disebabkan saiz angular-nya yang agak besar, iaitu 5.8 arc minit, menyebabkan cahayanya terserak di dalam kawasan yang luas. Magnitud 7.6 itu sebenarnya merujuk kepada cahayanya jika keseluruhan nebula ini dikecilkan kepada satu titik atau satu poin.
Tetapi, Alhamdulillah, kamera Mallincam telah sekali lagi membolehkan saya mencerapnya dengan mudah di kaca TV, dan lebih menakjubkan, imej di atas diambil dari kawasan bandar!


