Juraian Meteor Perseids pada awal pagi esok 12 Ogos 2008

Tag: jom teropong, meteor, arkib

 (Foto dari Cloudbait.com)

Pada awal pagi esok (12hb), penggemar kepada fenomena juraian meteor, akan berpeluang untuk menyaksikan juraian meteor Perseids yang dijadualkan akan memuncak pada jam 11 hingga 14 Universal Time 12 Ogos 2008, bersamaan, pukul 7 hingga 10 malam 12hb Ogos waktu Malaysia.

Namun, kita disebabkan waktu puncak Perseids ini agak lebar, maka kita masih lagi berpeluang untuk menyaksikan kehadirannya, beberapa  hari sebelum dan selepas tarikh tersebut.

Bagi kita di Malaysia, waktu paling sesuai ialah awal pagi esok (12hb) iaitu selepas terbenamnya Bulan di langit, pada jam lebih kurang 3 pagi (waktu KL). Kehadiran Bulan sebelum ini menyebabkan langit kita menjadi agak cerah, dan akan menenggelamkan cahaya dari kebanyakan meteor Perseids, melainkan yang cerah-cerah sahaja.

Anda perlu berada di kawasan yang jauh dari cahaya, jauh dari bandar, bagi meninggikan peluang anda untuk melihat lebih banyak meteor.

Tidak perlu menggunakan sebarang peralatan cerapan, hanya mata yang segar dan kepekaan yang tinggi diperlukan ketika mencerap. Jika anda mempunyai kamera digital, dan telah hadir pada sesi astrofotografi di KKB Sabtu lepas, inilah peluang anda untuk mencuba merakam star trails bersama-sama dengan garisan-garisan meteor di langit.

Maklumat lanjut berkenaan Perseids sebelum ini boleh didapati di SINI , SINI dan SINI .

Jom Teropong!

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system