Awal pagi tadi, langit agak cantik di kawasan sekitar buruj Orion, walaupun hadir lapisan awan nipis di lain-lain kawasan langit.
Saya mengambil peluang ini untuk mencuba kamera Mallincam Pro menerusi teleskop 10 inci Dobsonian saya. Walaupun teleskop tersebut berada pada tripod jenis altazimuth, namun berdasarkan laporan dan reviu yang diterima oleh pengguna Mallincam Pro yang lain, kamera ini masih sesuai untuk digunakan walaupun bukan di dalam keadaan tracking.
Perhatikan imej di atas (Sila klik di sini untuk imej saiz besar) , ia merupakan rakaman imej single frame yang diambil daripada beribu-ribu frame video AVI yang telah diambil. Konfigurasi sense-up pada kamera ini hanya di-set-kan pada 16X sahaja! Namun begitu, dedahan exposure itu pun masih belum cukup untuk menghilangkan kesan star trail yang wujud akibat putaran bumi.
Saya ada cuba guna focal reducer f/0.6 , namun saya tidak dapat capai titik fokus pada teleskop Dobsonian saya. Nampak gayanya, terpaksa buat modifikasi terhadap focuser teleskop ini.
Di samping itu saya ada juga rakam beberapa imej wide-field buruj Orion dan sekitar kawasan Eta Carinae menggunakan Mallincam menerusi lensa CCTV 16mm.
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.