Pada lewat malam ini hingga ke Subuh esok, meteor Perseids di jangkakan akan muncul dengan banyak.
Juraian meteor ini, seperti mana juga dengan juraiana meteor lain, akan kelihatan muncul dari arah buruj asalnya. Di dalam kes ini, buruj Perseus.
Namun begitu, untuk melihatnya, anda tidak perlu pandang arah buruj tersebut. Meteor-meteor ini akan muncul di mana-mana sahaja dalam keadaan yang tiba-tiba. Anda tidak akan dapat menjangka pada saat berapakah ia akan muncul.
Oleh itu, cara yang paling sesuai, bentang tikar dan baring menghadap langit. Sambil-sambil bersahur dan bertasbih menunggu Subuh tu, rajin-rajin lah pandang dongak ke langit. Manalah tahu rezeki bulan Ramadhan al-mubarak kita akan disajikan satu keindahan fenomena yang menakjubkan!
Jom Sahur sambil Teropong!
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.