Laman Khas Gerhana Matahari Separa 2010

Tag: gerhana matahari, pengumuman, arkib

Dahagakan maklumat terkini kejadian Gerhana Matahari pada hari Jumaat ini? Jangan risau, InsyaAllah saya akan berada di Kompleks Pekan Rabu, Pulau Langkawi sepanjang fenomena gerhana tersebut dan mencerap bersama-sama dengan team dari Planetarium Negara dan Langkawi National Observatory. Kali ini, saya tidak berpeluang merantau bersama-sama dengan team NETT yang akan mencerap fenomena ini (dalam bentuk gerhana cincin) di Kepulauan Maldives. 

Jika keadaan talian jalur lebar berjalan lancar di sana, saya akan paparkan suasana aktiviti dan juga imej terbaru matahari secara LIVE bermula dari jam 2pm hingga 6 pm.

Tandakan pelayar internet anda ke SINI, dan terus sama-sama menyaksikan fenomena ini secara terus menerus dipersembahkan secara langsung oleh Falak Online bersama-sama dengan team dari  Planetarium Negara dan Langkawi National Observatory.

Jom Cerap Gerhana! 

(Photo credited to Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan 2006) 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system