Gelang Debu Gelang Rahsiaku

Tag: penemuan, zuhal, arkib

Planet Zuhal dikenali ramai dengan sistem gelang yang begitu indah dan komplex. Baru-baru ini, perjalanan orbit planet Zuhal telah melintasi satah orbit bumi dan menyebabkan gelangnya kelihatan amat nipis dan hampir-hampir hilang dari pandangan.


Namun, itu baru separuh sahaja daripada ceritanya. Baru-baru ini, teleskop angkasa Spitzer (Spitzer Space Telescope) telah menemui gelang baru yang melingkari planet ini. Apa yang pelik ialah saiznya yang hampir 50 kali ganda lebih lebar daripada Gelang-E, dan terletak pada jarak lebih 200 kali ganda saiz radius planet Zuhal itu sendiri! Penemuan ini meletakkan ia sebagai sistem gelang planet yang paling besar pernah dirakam oleh mana-mana teleskop. 


Gelang yang terdiri daripada debu-debu halus ini dipercayai berasala daripada bahan-bahan yang disembur keluar daripada permukaan salah sebuah bulan Zuhal, bernama Phoebe. Orbit bulan Phoebe ini berada betul-betul di tengah-tengah kawasan gelang debu tersebut.
Teori lain turut menyatakan debu-debu inilah yang mengakibatkan sebahagian daripada hemisfera bulan Iapetus bewarna gelap. 
 
Rahsia Zuhal terus dibongkar! 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system