Komet Kopff menunggu

Tag: jom teropong, komet, arkib

Disebalik kemunculan komet baru, C/2009 F6 Yi-SWAN, di langit utara, kita masih mempunyai peluang untuk menjejaki sebuah lagi komet yang sedang berada di langit selatan, dipersekitaran buruj Sagittarius dan Capricorn.

Komet 22P/Kopff kini berada di tahap magnitud 10.5, dan dijangkakan akan berada agak lama di langit selatan menjelang suku ke tiga tahun ini. Laman web Seiichi Yoshida menjangkakan komet Kopff akan berlegar-legar di sekitar magnitud 9-10 dalam jangkamasa yang agak lama.

Laluannya akan merentasi dari Sagittarius, Capricorn dan Aquarius. Disebabkan kawasan itu agak padat dengan bintang, saya jangkakan ia boleh jadi target menarik untuk diambil gambar, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru beli teleskop baru! ;-)

Namun, disebabkan Bulan sedang melalui kawasan itu, kita terpaksa tunggu sehingga akhir bulan ini untuk cuba menjejakinya.

(Foto menunjukkan komet Kopff ketika kemunculannya pada tahun 1996)

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system