Sesuatu yang menarik sedang berlaku di Musytari. Setiap 6 tahun sekali, orbit Bumi akan melintasi satah orbit Musytari. Ini akan menyebabkan kita melihat Musytari dan pergerakan bulan-bulannya dari sudut 0 darjah. Apabila ini berlaku, kita berpeluang menyaksikan fenomena gerhana dan penghijaban berganda yang akan dilakukan oleh bulan-bulan planet tersebut.
4 buah satelit yang amat terang dan mudah untuk dicerap ialah Io, Ganymede, Europa dan Callisto.
Di antara fenomena yang dapat dilihat menerusi teleskop ialah:
1. Lintasan bayang-bayang bulan merentasi permukaan Musytari.
2. Lintasan jasad bulan di hadapan jasad Musytari.
3. Lintasan bulan di hadapan bulan lain.
Yang dimaksudkan bulan di sini bukanlah bulan bumi kita, tetapi bulan-bulan planet Musytari!
Kebetulan kali ini ia berlaku serentak dengan IYA 2009, maka ia telah diisytihar menjadi projek istimewa IYA2009.
Maklumat lanjut di sini.
Jom Cerap!
(Foto oleh Anthony Wesley of Murrumbateman, Australia pada 8 Mei lepas yang menunjukkan Europa melintasi di hadapan Ganymede. Sumber:Spaceweather.com)


