
Bulan sabit muda merupakan satu pemandangan yang amat indah, lebih-lebih lagi jika digabungkan dengan elemen pemandangan terestrial yang lain. Oleh itu tidak harian hairan jika ia sering menjadi tumpuan peminat astronomi dan jurugambar yang ingin merakamnya sebaik mungkin.
Namun begitu, untuk menjejakinya amat sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Gabungan faktor-faktor seperti lokasi, cuaca setempat dan kehadiran awan di langit akan menentukan nampak atau tidak serta indah atau tidak hasil foto tersebut.
Baru-baru ini, seorang ahli Falak Online, iaitu Redzuan telah berjaya merakam satu scene yang baik dari lokasi di Pulau Pinang. Cuaca di laporkan cukup baik, walaupun terdapat kehadiran awan nipis, namun dapat juga dirakam oleh beliau.
Foto beliau juga telah berjaya keluar di laman web Spaceweather.com . Sila ke forum untuk perbincangan lebih lanjut. Walau apa pun, tahniah dan semoga lebih ramai peminat Astronomi di Malaysia mencuba merakam fenomena-fenomena ini dalam bentuk kreatif.


