Home
Home

Bulan bertemu Zuhrah dan Marikh di awal pagi 19-20 Jun 2009

Submitted by shahgazer on Thu, 18/06/2009 - 12:55.
  • Astrofotografi
  • Bulan
  • Himpunan Planetari

Pada awal pagi esok (19 Jun), Bulan sabit tua akan mula menghampiri pasangan planet Zuhrah dan Marikh.

Pandang arah timur, sekitar jam 6 pagi. Tumpukan perhatian anda kepada Bulan. Di sudut ke arah kanan bawah dari Bulan, anda pasti tidak akan terlepas pandang planet Zuhrah, yang menyerupai sebuah 'bintang' yang amat-amat cerah.

Berhampiran dengan Zuhrah, ke arah kiri sejauh 2 darjah (atau 2 jari), Marikh akan kelihatan seperti sebutir bintang yang agak cerah.

Selang sehari, iaitu pada awal pagi 20 Jun pula, kedudukan Bulan semakin rendah. Kini, Zuhrah dan Marikh berada pada arah ke kanan atas pula dari Bulan.

Kedua-dua tarikh tersebut cukup sesuai untuk para peminat astrofotografi untuk mencuba merakamnya.

 

(Rajah di sebelah menunjukkan kedudukan pada pagi 19 Jun 2009)

  • Login to post comments

Best Viewed With

 

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme