Seringkali kita mahu mendapatkan kedudukan koordinat komet-komet berada di langit. Berbekalkan perisian-perisian astronomi yang ada, kita boleh menghasilkan efemeris yang tepat, dengan menggunakan elemen-elemen orbit komet tersebut.
Elemen-elemen orbit ini merupakan nilai-nilai beberapa parameter yang perlu dimasukkan ke dalam perisian astronomi. Selalunya, perisian-perisian astronomi sudah pun mempunyai senarai komet beserta dengan elemen orbitnya. Namun, orbit komet sentiasa akan mengalami perubahan akibat daripada kesan tarikan graviti planet-planet di dalam sistem suria kita. Oleh itu, dari semasa ke sesama, nilai-nilai ini perlu dikemaskini supaya pengiraan yang dibuat tepat dan terkini.
Senarai elemen orbit di bawah didapati dari laman web http://cfa-www.harvard.edu/iau/Ephemerides/Comets/SoftwareComets.html
Ia dipaparkan di Falak-Online untuk kemudahan pengunjung mendapatkannya terus di sini. Namun anda boleh dapatkan maklumat tambahan di laman web di atas.
Sila guna fasiliti "Save As" dalam pelayar web anda untuk menyimpan fail-fail data tersebut di dalam komputer anda. Untuk memasukkan data tersebut ke dalam perisian yang diingini, sila rujuk manual penggunaan perisian yang terlibat.
Maklumat berkenaan format MPC boleh didapati di sini.
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.