Home

Hubble meneropong Ganymede

Submitted by shahgazer on Fri, 19/12/2008 - 12:31.
  • Berita Luar Negara
  • Penemuan terkini

 Foto dari Teleskop Angkasa Hubble (HST) terus menerus menarik perhatian saya. Baru-baru ini, saya terbaca berita di laman web ini , yang menunjukkan bulan Musytari, iaitu Ganymede sedang terlindung perlahan-lahan oleh planet Musytari. Ganymede mengambil masa 7 hari mengelilingi planet tersebut, dan disebabkan satah orbitnya senget hampir 'edge-on' dengan Bumi, kita berpeluang untuk melihatnya dihijab atau dilindungi oleh planet Musytari yang besar itu.

Kemampuan resolusi HST ini begitu menakjubkan sehingga kita boleh lihat ciri-ciri permukaan bulan Ganymede itu sendiri!

Ganymede merupakan bulan yang terbesar di dalam sistem suria, malah lebih besar dari planet Utarid. Komposisinya terdiri daripada batu dan ais.

Gambar di atas jelas menunjukkan sebuah kesan hentaman meteor di permukaan bulan Ganymede, yang dipanggil Tros. Selain daripada itu, pusaran ribut The Great Red Spot, turut kelihatan di dalam gambar yang sama. Klik di sini untuk imej besar.

 

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Best Viewed With

 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme