Terkini Komet Lulin

Tag: arkib

Laporan terbaru menyatakan Komet Lulin kini telah mencecah magnitud 5.6 dan boleh dilihat dengan senang di persekitaran buruj Virgo. Dalam masa kurang dari seminggu lagi, ia akan melintasi berhampiran Zuhal. Kecerahannya akan berlipat kali ganda apabila ia berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi pada 24 Februari nanti.

Foto terbaru oleh Karzaman (LNO) telah dipaparkan di galeri laman web Spaceweather. Cukup menarik apabila kelihatan sebuah galaksi berada di dalam foto yang sama dengan komet tersebut. Kerja-kerja C.S.I. saya menerusi Skymap Pro menunjukkan galaksi itu besar kemungkinan ialah NGC 4981.

Jika anda memiliki kamera DSLR, gunalah peluang ini untuk merakam komet Lulin. Carta kedudukan komet ini boleh didapati di SINI.

Jom Teropong.... Lulin

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system