Komet Kushida di awal malam, Komet Lulin menjelang Subuh

Tag: arkib

Menarik. Saya sedang meneliti maklumat terbaru kehadiran komet pada bulan ini dan mendapati 2 buah komet sedang berada pada kecerahan yang agak memuaskan.

(Imej Kiri: Dec. 29, 2008 Tony Farkas)
(Imej Kanan: Dec. 29, 2008 Rolando Ligustri)

Yang pertama ialah komet bernama 144P Kushida sedang menyinar agak 'terang', sekitar magnitud 8.8 di buruj Taurus berhampiran dengan gugusan Seven Sisters. Ia boleh dicerap pada awal malam.

Sementara sebuah lagi, komet C/2007 N3 (Lulin) berada di langit timur di dalam buruj Scorpio dan bersinar pada magnitud 7.4 (berdasarkan laporan 29 Dec oleh Marco Goiato).

Info dari laman web Seiichi Yoshida menyatakan Komet Lulin dijangka akan mencapai magnitud 4.5 pada bulan Februari nanti, manakala Komet Kushida berada pada kedudukan yang sesuai untuk dicerap sepanjang bulan Januari dan Februari 2009.

Kedua-dua komet ini boleh dicerap menggunakan binokulars di kawasan langit yang agak gelap.

Maklumat umum untuk komet tersebut adalah seperti di bawah:

Komet C/2007 N3 (Lulin)
Date(TT)  R.A. (2000)   Decl.        Delta     r          Elong.  m1   Best Time(A, h)
Dec. 27   16  2.53         -19 47.9   1.937   1.234    32       7.1   5:36 (303, 10)
Jan.  3     15 58.81        -19 38.1   1.776   1.218    40       6.8   5:38 (309, 16)

Komet 144P/Kushida

Date(TT)  R.A. (2000)   Decl.     Delta      r          Elong.   m1   Best Time(A, h)
Dec. 27   3 24.25          16  5.7   0.599    1.481   137      9.5   20:59 (  0, 71)
Jan.  3     3 31.14          15 46.4   0.613   1.464   131      9.2   20:39 (  0, 71)

Peta kedudukan kedua-dua komet adalah seperti di bawah:

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system