Berita di laman-laman web di internet sejak awal bulan ini begitu sibuk berbincang mengenai sebuah objek pelik yang ditemui pada 7 Jan 2010 lepas.
Pengumuman oleh teleskop LINEAR sebelum ini menyatakan bahawa sebuah 'komet' baru telah ditemui di kawasan orbit Asteroid Belt dan diberi nama P/2010 A2 (LINEAR) oleh IAU Minor Planet Center.
Namun, beberapa minggu selepas itu, apabila lebih banyak cerapan dibuat, objek yang pada asalnya disangka sebuah komet semain hari semakin menampakkan kepelikannya, dan lebih bercirikan sebuah asteroid. Lebih pelik ialah tiada sebarang tanda-tanda sebuah nukleus atau kepala yang jelas kelihatan, tidak seperti komet-komet biasa.
Laman web Universe Today melaporkan, besar kemungkinan objek ini ialah perlanggaran daripada 2 buah asteroid!Para saintis sedang cuba mendapat lampu hijau untuk menggunakan 2 buah teleskop yang sedang berada di angkasa, iaitu Hubble dan Spitzer, untuk merakam objek pelik ini.
Berita penuh di Sky & Telescope dan Universe Today
(Foto:P/2010 A imaged by Dr. Robert McMillan at Kitt Peak, Arizona. Credit: Spacewatch/U of Arizona)
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.
Comments
en.shah, nak tanya...xpaham,
biasanya kalau pelanggaran 2 asteroid tu jadi mcm mane?
maksud kat sini, komet tu hasil letusan atau pergerakan bersama 2 asteroid tu?
selalunya apabila lubang hitam menyedut apa sahaja ke dalamnya,ke manakah semua hasil yang ditelannya itu?
Wallahualam,
tak ada sesiapa pun yang tahu!
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...
tapi kalo ada kapsul@ roket yang dilancarkan oleh bumi...jika disedut sekali orang di dalam kapsul...macam mana keadaan mereka yer.....mesti terok..