Bumi dan Bulan dari jarak 183 juta km!

Tag: misi angkasa, teknologi, arkib

Masih ingatkah kita dengan foto planet Bumi kita yang diambil oleh kapal angkasa Voyager pada tahun 1990 yang mana ia menunjukkan Bumi hanya seperti sebuah titik kecil sahaja. Foto ini cukup popular dengan nama "Pale Blue Dot". Foto tersebut diambil pada jarak 6 bilion km!

 

Baru-baru ini, berdekatan sikit dengan kampung (Bumi), sebuah lagi kapal angkasa yang sedang menjalankan misinya, menoleh ke belakang dan mengambil gambar Bumi dan Bulan kita dari jarak 183 juta kilometer sahaja!

 

Kapal angkasa MESSENGER, yang kini sedang dalam misi di panet Utarid, sedang menjalankan kajian terhadap objek-objek yang diberi nama vulcanoids, jasad berbatu yang dipercayai (secara hipotesis) mengorbit di antara kawasan Utarid dan Matahari. 

 

Salah satu daripada foto yang diambil menuju ke arah kita di Bumi dan memberi satu pandangan unik dunia yang sedang diduduki oleh berbilion umat manusia hari ini.

 

Yang menarik perhatian saya ialah betapa cerahnya Bulan yang turut kelihatan bersebelahan dengan Bumi. Saya pernah terbaca ( tak ingat buku atau artikel mana), yang menyatakan Bumi dan Bulan ini layak digelar sebagai sistem planet berkembar.

 

Betapa besarnya alam semesta yang Allah cipta untuk manusia yang suka berfikir! Subhanallah

 

Photo Credit: NASA/Johns Hopkins University Applied Physics Laboratory/Carnegie Institution of Washington

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system