Laporan ringkas perjumpaan di Summit USJ

Tag: arkib

Alhamdulillah, perjumpaan di Astronomy Fair yang diadakan di Summit USJ, semalam (Ahad), telah berjaya dijalankan. Beberapa ahli Falak-Online , botok, kamayok3, rizal, CK, universe24, ahli dari Falak-Net, Azam dan Azwan, team dari USM, Nik Khusaire, Ashraf, Dr.Chong, dan ramai lagi telah hadir di kawasan pameran Summit. Saya juga turut menjenguk pameran ini pada petang hari Jumaat, dan sempat juga bertemu dengan Ustaz Faizal dan team dari Unit Falak Perak dan Hirman (Kusza)

Lihat Galeri

Persatuan-persatuan Astronomi seperti Starfinder, Stargazer, Starhunter serta syarikat Infinity Infocus turut berada di sana, mendirikan pameran dan jualan di gerai masing-masing.

 

Banyak perbincangan menarik dan pertukaran idea di kalangan ahli yang datang di dalam isu-isu teleskop dan astrofotografi. Yang menarik, Remus dari singastro.com turut datang ke sini untuk sama-sama memeriahkan lagi Astronomy Fair ini.

Menurut laporan ahli yang datang pada malam hari Sabtu, hujan turun renyai-renyai dan tidak dapat diadakan cerapan. Dan pada hari Ahadnya, pertunjukan roket air pun tidak diadakan kerana ketiadaan tempat yang sesuai.

Kesimpulannya, saya amat gembira dengan perjumpaan bersama ahli-ahli yang mana selama ini bertemu dan berbincang di alam siber, kali ini dapat bersua muka. Sehingga kita bertemu lagi di lain aktiviti, InsyaAllah.

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system