Home

Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010

Submitted by shahgazer on Mon, 21/06/2010 - 10:34.
  • Astrofotografi
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Data Gerhana
  • Gerhana, Hijab, Transit

Foto kredit: aziz 

[DISKUS] Pada 26 Jun 2010 nanti, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali ini, kita di Malaysia tidak dapat melihat kejadian ini secara keseluruhan dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana ketika Bulan terbit sekitar waktu Maghrib pada tarikh tersebut, ia sudah pun menghampiri fasa gerhana maksimum.

Gerhana kali ini bukanlah gerhana penuh, hanya lebih kurang separuh sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi.

Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbit rendah di ufuk langit cukup unik.

Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku. Ia boleh digunapakai di mana-mana lokasi di Malaysia.

Perbezaannya cuma pada ketinggian bulan, yang mana sedikit berbeza jika anda berada di Sabah dan Sarawak, dan juga Brunei.

 

Circumstances of the Eclipse

Moon enters penumbra: 2010 Jun 26  16:55:22 (4.55 PM)

Moon enters umbra: 2010 Jun 26  18:16:20 (6.16 PM)

Maximum eclipse: 2010 Jun 26  19:38:16 (7.38 PM)

Moon leaves umbra: 2010 Jun 26  21:00:04 (9.00 PM)

Moon leaves penumbra: 2010 Jun 26  22:21:11 (10.21 PM)

 

Siap sedia kamera DSLR anda. Fenomena gerhana merupakan satu kejadian langit yang amat mudah untuk dirakam. Poskan foto anda ke forum Falak Online, manalah tahu jika ia cukup menarik, saya akan paparkannya di muka hadapan Falak Online.

Apa lagi, jom teropong!

 

Nota tambahan:

1. Kiraan dibuat oleh perisian Skymap Pro dari lokasi Kuala Lumpur.

2. Gerhana bulan seterusnya yang boleh dilihat di Malaysia ialah 15 Jun 2011, gerhana bulan penuh.

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Best Viewed With

 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme