Saya akan bertolak ke Anyer, Indonesia esok untuk mencerap Gerhana Matahari Cincin bersama-sama dengan lebih 50 orang lain team NETT dari Malaysia di tapak berhampiran Rumah Api Anyer. Melainkan ada internet di kawasan hotel atau cerapan tersebut, saya akan hanya dapat kemaskini web FO apabila pulang ke KL hari Rabu minggu hadapan.
Sementara itu, untuk peminat Falak di tanahair, jangan lupa lakukan cerapan Gerhana Separa di mana-mana tempat yang melakukan aktiviti tersebut. Jika anda berada di sekitar KL, kunjungi di Planetarium Negara. Jika di Terengganu, di tapak Taman Tamadun Islam (hubungi pihak UDM untuk maklumat lanjut).
En. Kayzack akan turut buat Live telecast dari Lampong, Indonesia. Rujuk sini.
Selamat mencerap gerhana!
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.