Home

Sky in Google Earth!!

Submitted by shahgazer on Thu, 23/08/2007 - 22:49.
  • Utiliti Internet

 Tu dia! Baru saja kita semua ingatkan perisian Google Earth sebagai sebuah perisian yang cukup istimewa, dengan menunjukkan keadaan Bumi menerusi komposisi dan gabungan imej-imej dari satelit di angkasa, semalam Google telah mengeluarkan versi terbaru Google Earth, iaitu versi 4.20 , dengan tambahan ciri yang dinanti-nantikan! Google Sky !

Google Sky akan membolehkan kita melihat keadaan langit berdasarkan lokasi yang dipilih di Bumi. Kita juga boleh terbang mendekati bintang-bintang serta objek-objek pilihan, seperti galaksi, gugusan bintang dan nebula.

Semua imej yang terpapar di dalam Google Sky ini datang dari pelbagai sumber pihak ketiga seperti Digital Sky Survey Consortium dan Anglo-Australian Observatory. Dan imej terbaru akan terus dikemaskini dari semasa ke semasa!

Saya baru saja muat turun sebentar tadi, dan sekali imbas, saya cukup kagum dengan potentsi yang boleh dicapai oleh versi terbaru ini. Bayangkan sebelum ini, saya terpaksa mengeluarkan wang ribuan ringgit untuk membeli perisian Desktop Universe, sebuah perisian yang memaparkan foto sebenar keseluruhan langit (tetapi malangnya telah di cetak rompak oleh kenalan saya sendiri dan diagih-agihkan kepada orang ramai!! &^%&@#% ), tetapi kali ini, Google Sky ini dapat melakukan perkara yang hampir serupa, dengan tanpa membayar satu sen pun!

Cubalah muat turun versi terbaru Google Earth dan cubalah utiliti Sky yang terbaru ini. Anda pasti tidak akan menyesal!

 

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Best Viewed With

 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme