Jika anda ingin melihat planet Zuhal di dalam keadaan seolah-olah sistem gelangnya 'hilang', sekarang adalah masanya.
Minggu ini merupakan masa dan ketika di mana sudut orbit Bumi dan sistem gelang Zuhal berada pada satah yang hampir sama. Kesannya ialah kita berpeluang melihat gelang Zuhal dari tepi. Dan disebabkan gelang Zuhal amat nipis, maka ia nampak seperti hanya seperti sebuah garisan sahaja!
Secara kiraan falaknya, kita akan berpeluang melihatnya dalam keadaan paling nipis pada bulan Sep 2009 nanti, namun ketika itu planet Zuhal amat hampir dengan matahari, dan akan menyukarkan kita mencerapnya. Waktu sekarang, iaitu hingga hujung bulan ini merupakan waktu yang sesuai.
Imej di atas telah diambil oleh ahli Falak Online, sdra William (universe24) pada Feb 2008 lepas . Imej di bawah pula ialah keadaan planet ini sekarang yang diambil oleh Paulo Casquinha dari Portugal (sumber: Spaceweather.com) . Perhatikan perbezaan keadaan gelang Zuhal.
Jom Teropong!
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.
Comments
Sebelum hantar anak pergi sekolah pagi tadi, sempat jenguk planet Zuhal menggunakan teleskop LX90. Memang jelas betul gelangnya sekarang amat nipis.. seperti satu garisan je! Nak cuba buat imaging awal pagi esok pulak.
-Shahrin-
Founder FalakOnline
Meade 8" f/10 LX90, 10" f/4.5 Starfinder Dobsonian, 9x63 Vixen Bino, Mintron 12V1-EX, Mallincam Pro B/W, Mallincam Hyper Color, Toucam Pro, Canon 300D.