Komet Lulin dan "The Opposition Effect"

Tag: arkib

Komet Lulin berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi semalam, dan dalam masa 24 jam ini, ia akan berada tepat arah berlawanan daripada matahari. Ahli astronomi mengatakan, akan berlaku suatu fenomena yang dipanggil "opposition effect", di mana ekor Komet tersebut akan mencari cerah buat beberapa seketika.

Cuaca di pantai barat mendung dan hujan malam sejak beberapa hari. Maka, majoriti daripada kita tidak berjaya mencerapnya berpasangan dengan planet Zuhal. Namun, ahli forum kita, Abejih bersama-sama dengan Dr.Rowi telah merakam Komet ini dengan begitu terang sekali dari Kota Bharu (lihat foto sebelah).

Komet merupakan sebuah objek yang cukup unik. Kita susah hendak mengagak apa akan berlaku selepas ini. Oleh itu, teruskan mencerap Komet Lulin buat beberapa minggu mendatang. Paling menarik ialah ia akan berada semakin tinggi dan terbit semakin awal setiap hari. Oleh itu, tidak perlulah anda tunggu lewat tengah malam untuk menjejakinya.

Comments

penangazer
Thu, 26/02/2009 - 10:19

nice picture...congratulation...
saya sedihh laaa....sebab tak sempa nak tengok komet lulin pada 22-24 feb...
disebabkan sekolahhh....

redzuan
Thu, 26/02/2009 - 14:05

Gambar kat atas ni kecik. nak tgk saiz besar juga

bean
Thu, 05/03/2009 - 12:41

observation komet lulin di UM 8 mac

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system