
Fotografi dan Astronomi sudah menjadi sinonim dan tidak boleh dipisahkan. Hari ini, kedua-dua bidang yang dinamik ini sudah menjadi satu dan mendapat nama baru iaitu astrofotografi.
Kemunculan beberapa siri model kamera, terutama dari cabang DSLR telah menunjuk kemampuan yang begitu menakjubkan di dalam pengambilan foto-foto objek angkasa. Seperti yang sedia maklum, objek-objek cakerawala hampir kesemuanya amat malap dan mengeluarkan cahaya yang amat kecil. Oleh itu, beberapa kaedah dan konfigurasi yang spesifik perlu dibuat di dalam kamera yang digunakan. Di antaranya adalah seperti masa dedahan yang lama, penggunaan lensa yang mempunyai nilai-f yang rendah dan sebagainya.
Namun begitu, kemajuan teknologi fotografi sekarang bergerak begitu pantas, malah boleh dikatakan sama dengan apa yang berlaku terhadap teknologi komputer peribadi lebih sedekad yang lalu. Pemilik kamera DSLR bertambah setiap hari. Dan menariknya, pengguna-pengguna DSLR turut berminat di dalam satu rangkaian hobi yang semakin mendapat tempat di Malaysia, iaitu Astrofotografi.
Di dalam forum Falak Online (FO), nama-nama seperti mymoon, universe24, perseid, redzuan, dan marowi (dan ramai lagi) merupakan tokoh-tokoh yang begitu aktif dan menggemari aktiviti seumpama ini. Hasil-hasil mereka boleh dilihat menerusi forum di SINI.
Salah seorang ahli FO, En. Redzuan yang juga merupakan pegawai outreach di Planetarium Negara, sedang di dalam proses mengumpul fakta-fakta peralatan DSLR yang dimiliki oleh ahli-ahli FO. Beberapa siri projek menarik sedang dirancang oleh beliau dalam masa terdekat. "Bagi melicinkan proses ini, saya amat berharap agar ahli Falak Online dapat berkongsi maklumat mengenai peralatan kamera yang sedang digunakan", ujar beliau.
Maklumat yang diperlukan amat mudah, jenama dan model kamera DSLR serta lensa-lensa yang digunakan bersama.
Saya sendiri amat tertarik dengan usaha yang dibuat oleh En. Redzuan kerana ia akan membuka lembaran baru bidang astronomi di Malaysia. Maka, saya mengalu-alukan anda semua untuk turut serta di dalam survey yang sedang dibuat. Sila pos maklumat anda menerusi forum , atau boleh PM terus kepada En. Redzuan.
Perbincangan lanjut boleh didapati DI SINI


