
[DISKUS]Pada sekitar Maghrib semalam, ISS dan Kapal Angkasa Atlantis STS-132 telah terbang merentasi langit Kuala Lumpur. Maklumat tersebut telah diberikan oleh ahli FO kita, imrangazer (terima kaish banyak-banyak!)
Langit agak berawan di kawasan barat hingga ke zenith. Tetapi dari zenith ke kawasan SSW, langit agak bersih sedikit. Alhamdulillah kerana di situlah laluan ISS dan STS132 tu nanti.
Video yang diambil menggunakan Mallincam Hyper Color dan lens 16mm. Medan penglihatan boleh capai sekitar 20 darjah, agak luas dan memudahkan pencarian. Setup tersebut dibuat atas tripod kamera saja.
Boleh lihat VIDEO di SINI.


