Home

Falak Online Menyambut International Year of Astronomy 2009 dengan muka baru

  • Pengumuman

Bidai 2008 telah dilabuhkan. Kini fajar baru tahun masehi 2009 mula menyinsing. Namun kali ini, ia bukan sekadar tahun baru yang menandakan lengkapnya satu pusingan jasab Bumi mengelilingi matahari, tetapi ia juga menandakan secara rasminya bermulanya Tahun Astronomi Sedunia 2009.

Sedar atau tidak,  Tahun Astronomi Sedunia 2009 merupakan satu usaha International Astronomical Union dan UNESCO untuk mempromosi Astronomi kepada masyarakat dunia.

Saya ambil petikan daripada laman web utama IYA di bawah


Everyone should realise the impact of astronomy and other fundamental
sciences on our daily lives, and understand how scientific knowledge
can contribute to a more equitable and peaceful society. IYA2009
activities will take place locally, nationally, regionally and
internationally. National Nodes have been formed in each country to
prepare activities for 2009. These nodes will establish collaborations
between professional and amateur astronomers, science centres and
science communicators to prepare activities for 2009. Already now, 135
countries are involved and well over 140 are expected to participate
eventually.

Jelas di sini, kita di Malaysia, terutama di Falak Online,  yang mempunyai bilangan amatur yang ramai, berperanan untuk sama-sama memperkenalkan ilmu Astronomi ini kepada kaum keluarga, saudara-mara, makcik pakcik, pak sedara, pak ngah, mak usu, adik saudara, sahabat-handai, jiran dan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita.

Jadikan juga IYA 2009 ini sebagai satu peluang kita berinteraksi dengan peminat dan penggiat astronomi di seluruh dunia.

Di Malaysia, pada tahun lepas ada usaha yang telah dibuat untuk mempergiatkan usaha IYA di peringkat nasional, tetapi setelah melihat laman web rasmi IYA Malaysia, masih belum apa-apa yang konstruktif kelihatan. Mungkin ada perancangan yang telah dibuat, tetapi saya harapkan agar pihak yang bertanggungjawab melipat gandakan usaha dan ketengahkan diri di kalangan masyarakat umum.

Saya sendiri, menerusi Falak Online , akan cuba sedaya upaya setakat mana kudrat termampu untuk mempergiatkan sumbangan kepada sesiapa yang berminat. Mudah-mudahan kita akan sama-sama dapat manfaatnya.


Saya juga telah mengambil keputusan untuk tukar sistem CMS asas bagi Falak Online daripada Joomla kepada Drupal. Saya terpaksa mengambil masa lebih 6 bulan untuk menyelongkar kemampuan Drupal, sebelum akhirnya berasa agak selesa untuk melakukan data migration daripada CMS asal.

Alhamdulillah, kebanyakkan data telah pun dipindahkan. Saya anggarkan 90% kerja sudah berjaya dibuat. Cuma ada beberapa masalah yang mungkin timbul seperti di bawah: 

  1. Komponen forum sebelum ini menggunakan Simple Machine Forum, telah menggunakan bridge dengan Joomla. Oleh itu, pautan-pautan di antara mesej-mesej forum akan mempunyai urutan URL yang berkait terus dengan Joomla. Sekarang saya telah asingkan terus Forum kepada pautan asal aplikasi Simple Machine Forum iaitu www.falak-online.net/komuniti . Jadi besar kemungkinan pautan-pautan di forum akan mempunyai error  dan menunjuk kepada lokasi yang salah.
  2. Pautan ke artikel di dalam Joomla akan mempunyai masalah apabila saya padamkan terus directory asal iaitu www.falak-online.net/myportal dalam masa 6 bulan lagi. Buat sementara waktu saya akan kekalkan URL serta artikel-artikel di dalam versi Joomla.
  3. Data komen-komen artikel versi Joomla tidak dapat dipindahkan ke dalam versi Drupal. Maaf banyak-banyak!

Untuk versi Drupal, beberapa perkara perlu dijelaskan di sini.

  1. Pesanan Ringkas, InsyaAllah akan berfungsi dengan lebih berkesan tanpa error.
  2. Login yang digunakan ialah login apabila didaftarkan menerusi Simple Machine Forum dan bukannya Drupal.
  3. Fungsi Komen untuk artikel rasmi Falak Online (iaitu dalam Drupal) akan diaktifkan.
  4. Kelakuan Drupal ini kadangkala pelik, kerana ia suka guna maklumat cache dalam browser internet di PC. Oleh itu, kadang-kadang logo Falak Online di bahagian atas akan 'hilang' atau teks pesanan ringkas tidak menunjukkan yang terkini. Oleh itu, tekanlah butang Refresh beberapa kali.
  5. Saya telah test laman versi baru ini menggunakan browser Firefox 3.0.5 dan Internet Explorer 8 beta . Ada laporan yang mengatakan terdapat beberapa ketidakseragaman posisi apabila dilihat menggunakan IE7. (Terima kasih feedback dari mymoon)

Dari semasa ke semasa, akan banyak lagi modul yang akan diaktifkan. Oleh itu, saya amat berharap kerjasama anda semua dengan memberi maklumbalas sebaik mungkin bagi membolehkan saya buat perubahan atau baikpulih secepat mungkin.

Seperkara lagi ialah, jika anda telah ada meletakkan link URL Falak Online di laman web anda, pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih. Keduanya, saya amat berharap agar anda letak link terus ke www.falak-online.net atau www.falakonline.net , tak perlulah letak sampai tahap directory seperti www.falak-online.net/portalfalak . Ini bagi membolehkan sebarang perubahan struktur yang saya buat di laman web ini tidak akan mengganggu link yang anda letak. Redirection akan turut saya aktifkan.

Laman web Falak Online ini dikendalikan 100% oleh saya di teratak buruk saya di Sri Damansara. Agak memenatkan kerana begitu banyak perkara terpaksa dibuat berseorangan. Oleh itu minta maaf banyak-banyak jika terlalu banyak kekurangan yang masih wujud yang masih tidak dapat saya tangani dengan segara. Prioriti utama saya ialah, untuk pastikan maklumat Ilmu Falak terus dan terus menerus disalurkan buat santapan anda semua.

Selamat Menyambut International Year of Astronomy 2009 bersama wajah baru Falak Online. 

Jom Teropong!!

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Best Viewed With

 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme