Komet Sungrazer terbaru!

Tag: komet, penemuan, arkib

Sebuah ahli amatur dari Australia (Alan Watson) telah menjumpai sebuah komet di dalam perjalanan menuju ke arah mataharai, apabila meneliti imej-imej yang dihasilkan oleh satelit STEREO-A's Heliospheric Imager pada 30 Dis 2009 lepas.

 

Komet yang dipercayai tergolong di dalam keluarga komet Kreutz, dipercayai sebuah komet kamikaze, iaitu berada di dalam orbit yang akan membawanya samada tepat atau begitu hampir dengan matahari. Komet jenis ini secara amnya dijumpai setiap hari, tetapi kebanyakkannya kecil dan hancur apabila bergerak menghampiri matahari. Komet kali ini berlainan kerana saiznya dikatakan agak besar. Kumpulan komet ini juga dikenali sebagai Komet-komet Sungrazer.

 

Perkara yang menarik perhatian saya ialah, adakah komet ini akan selamat? Sejauh mana tahap kecerahannya nanti? Berdasarkan beberapa siri komet sebelum ini, apabila ia menghampiri matahari , ia akan kelihatan begitu cerah.

 

Namun begitu, disebabkan ia berada begitu hampir dengan matahari, adalah agak mustahil untuk kita melihatnya dari Bumi. Maka, satu-satunya cara untuk 'menonton' detik-detik tersebut ialah menerusi kanta satelit SOHO (Solar and Heliospheric Obervatory). Klik di SINI untuk mendapatkan imej terbarunya.

 

Saya juga tertarik dengan sumbangan golongan astronomi amatur di dalam penemuan-penemuan seperti ini. Walaupun mereka bukanlah professional, tetapi atas minat yang begitu tinggi, sanggup meredah timbunan data-data yang berada di internet untuk mencari fenomena-fenomena yang menarik.  

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system