Home

Ekor pelik hasil 'accident' dirakam Hubble

Submitted by shahgazer on Wed, 03/02/2010 - 22:30.
  • Berita Luar Negara
  • Penemuan terkini


 

Menarik sekali. Objek yang ditemui pada 6 Jan lepas telah diteropong oleh optik paling tajam di dunia setakat ini, iaitu Teleskop Hubble.

 

Apa yang dilihat menerusi foto di sebelah merupakan sesuatu diluar jangkaan. Sekali imbas, ia seperti sebuah komet biasa, dengan ekor yang agak prominen. Tetapi jika diteliti dengan lebih dekat, didapati nukleus yang bersaiz 140 meter itu, kelihatan senget sedikit daripada pusat ekor 'komet tersebut. Selain daripada itu, strukurnya agak pelik (saya nampak ia mirip seperti kapal angkasa X-Wing dalam filem Star Wars!) dan ekornya tidak mempunyai elemen-elemen gas langsung.

Berdasarkan kedudukan objek ini yang mengorbit di kawasan antara Marikh dan Musytari (di kawasan lingkaran asteroid), besar kemungkinan ia merupakan perlanggaran antara 2 buah asteroid. Jika hipotesis ini benar, perlanggaran ini mungkin berlaku pada kelajuan 5 kali ganda kelajuan peluru! atau 15,000 km sejam! Dan tenaga yang dihasilkan melebihi sebuah letupan bom nuklear!

Kajian lanjut sedang diusahakan bagi mengetahui apa sebenarnya berlaku.

(Foto credit NASA, ESA, D. Jewitt (UCLA) 

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Best Viewed With

 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme