Apa sebenarnya Falak Online?
Falak Online merupakan sebuah komuniti untuk mempromosi Astronomi atauIlmu Falak di kalangan rakyat Malaysia khasnya, serta sahabat-sahabatdi negara Asean dan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasaperantaraan ilmu.
Falak Online adalah 100% percuma. Sesiapa sahaja boleh melayarinyadan menjadi kepada ahli komuniti forum Falak Online. Anda hanya perludaftar dengan memberi nama pengguna dan e-mel yang sesuai untukpendaftaran di forum.
Apabila anda menjadi ahli berdaftar komuniti Falak Online, andadibenarkan untuk berinteraksi menerusi forum, dengan ahli-ahli lainserta mendapat beberapa fasiliti yang dikhaskan untuk ahli yangberdaftar sahaja.
Sila daftar di sini.Pendaftaran buat masa ini perlu mendapat pengesahan dari saya terlebihdahulu, kerana masalah spamming yang begitu banyak. Oleh itu harapbersabar jika pendaftaran anda lewat. Anda juga di galakkan e-mel teruskepada saya sebaik sahaja anda mendaftar bagi membolehkan saya membuatpengesahan secepat mungkin.
Sejarah
Falak Online secara rasminya wujud di alam siber pada akhir tahun 2002.Ia merupakan laman web peribadi pengasasnya , iaitu saya sendiri.Apabila masa beredar, zaman berubah, beberapa elemen baru seperti forumtelah dimasukkan ke dalamnya. Kewujudan forum ini membolehkanpengunjung yang melayari Falak Online berinteraksi dengan saya, memberimaklumbalas berkaitan artikel serta berkenalan dengan peminat-peminatFalak yang lain. Populariti forum ini meningkat sehingga ia secaratidak langsung menjadi komuniti yang tersendiri. Hari ini, Falak Onlinetelah mencecah secara purata 3500 hit setiap bulan!
Di Falak Online, ahli-ahlinya telah secara tidak langsung memberisumbangan kepada aktiviti Falak di seluruh negara. Saya selalutegaskan, setiap ahli mempunyai peranan yang besar di dalammemperkasakan ilmu ini, dan harus mengekalkan suasana mesra pelanggantidak kira pangkat, pengalaman dan pertubuhan. Di Falak Online, tujuanutama ialah untuk sama-sama belajar, berkongsi pengalaman, menyebarkanberita terbaru, berbincang isu dan banyak lagi.
Ilmu Falak itu sendiri begitu banyak cabangnya. Pemafaham yang hanyamemikirkan falak itu sekadar melihat anak bulan, penentuan arah kiblatdan seumpamanya harus dielakkan. Di dalam zaman ini, di mana teknologiturut memainkan peranan di dalam ilmu ini, kemajuan teknologi perisian,teknologi alat cerapan dan rakaman, penemuan berskala kosmologi tidakharus dipandang serong sebagai cabang yang tidak perlu atau tidakmemberi makna kepada kehidupan. Begitu banyak penemuan saintis baratpada hari ini telah mengesahkan apa yang telah Allah SWT sampaikankepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW menerusi kitab agungAl-Quran lebih 1400 tahun dahulu. Oleh itu, inilah masa untuk umatIslam zaman sekarang, mengenepikan perasaan buruk sangka, dan menjadipelopor bergerak seiring dengan kemampuan saintis barat ketika ini.
Hubungi Siapa?
Jika anda mempunyai persoalan secara Falak Online amnya, bolehhubungi saya terus. Jemputan untuk mengadakan ceramah dan aktiviticerapan kecil-kecilan boleh diajukan.
Terms of Services
Pengasas Falak Online berhak menentukan kelancaran komuniti FalakOnline. Pastikan anda berniat baik, berlapang dada dan sentiasaberusaha perbincangan yang dibuat menerusi forum Falak Online berjalanlancar, harmoni dan semangat kekeluargaan yang utuh. Saya telahberusaha menjadikan Falak Online sebagai wadah peminat-peminat Falaksebaik mungkin, dan kerjasama anda semua amat dihargai.


