Gerhana Bulan Separa 1 Jan 2010

Tag: gerhana bulan, arkib

Pada awal pagi 1Jan 2010 ini, Bulan akan mengalami proses gerhana sekali lagi. Kali ini ia merupakan gerhana bulan separa sahaja. Kemuncaknya akan berlaku pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia. 

Sebanyak 8 peratus daripada Bulan sahaja akan berada di dalam bayang-bayang umbra. Namun, ia cukup menarik untuk dicerap kerana Bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi.

Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahuhn. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun!

Seperti biasa laman web http://shadowandsubstance.com/ telah menyediakan animasi gerhana seperti tertera di sebelah.

Selamat mencerap!

Sumber: Spaceweather.com 

 

Comments

zul
Thu, 31/12/2009 - 19:59

سبحان الله ..inilah satu kebesaran dar Allah yang Maha Agong..Allah sengaja menentukan agar manusia sentiasa menghidupkan malam-malam kita dengan beribadat kepadaNya. semoga kita semua di rahmati serta diampunkan segala kesalahan kita.

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system