Home

Venus pada petang tadi - 5 Jan 2009

Submitted by shahgazer on Mon, 05/01/2009 - 22:04.
  • Alat Rakaman
  • Astrofotografi
  • Lain-lain

Petang tadi, saya ambil peluang dari masa yang terluang untuk merekod imej planet Venus menerusi teleskop 8" LX90 dengan menggunakan TouCam Pro. Disebabkan pada waktu itu, planet ini sudah agak rendah, saya terpaksa angkut teleskop naik tingkat 2, dan mencerap menerusi tingkap ;-) . Suhu yang tidak seimbang di dalam rumah dan luar, beserta kedudukan altitud planet yang rendah menyebabkan keadaan planet ini seperti bergelora.

[Klik untuk imej besar]

Imej di sebelah telah di-stack sebanyak 400 frame dari video yang diambil dan diproses menggunakan perisian Registax. Tak sempurna tetapi memadai untuk melepas rindu terhadap planet yang tercerah di langit ini.

Pada 17 Januari nanti, planet ini akan berada di dalam fasa seperti bulan separuh. Dan menjelang bulan-bulan mendatang, ia akan semakin hampir dengan Bumi, lalu kelihatan membesar dan fasanya akan mengecil seperti bulan sabit.

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Best Viewed With

 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme