Pada awal pagi ini (6 Mei), Bumi akan memasuki kawasan laluan komet Halley. Debu-debu peninggalan komet ini akan menghasilkan sebuah lagi juraian meteor yang bernama Eta Aquarid.
Ahli astronomi meramalkan sehingga 85 meteor sejam boleh dilihat pada waktu puncak juraian ini.
Cuba-cuba perhatikan arah langit selepas sebaik sahaja Bulan terbenam pada hari ini. Manalah tahu anda berpeluang melihat sebuti dua yang terang benderang!


