Home

Bima Sakti dari persekitaran KL!

Submitted by shahgazer on Wed, 06/07/2005 - 20:33.
  • Alat Rakaman
  • Astrofotografi

Pada malam yang sama ketika saya merakam imej-imej Nebula Omega, M13, M22 dan M28 serta Ring Nebula, keadaan langit di kawasan pusat Bima Sakti kita, iaitu di antara buruj Sagittarius dan Scorpio, bebas dari awan.

Walaupun langit bukan bewarna hitam, tetapi lebih kepada kemerah-merahan akibat pencemaran cahaya dari arah PJ dan KL, saya mengambil keputusan untuk merakam juga menggunakan Mallincam Pro.

Hasilnya cukup mengejutkan!

 

Sudah hampir sedekad, saya tidak dapat melihat Bima Sakti dari kawasan bandar, setelah begitu banyak pembangunan, dan cahaya-cahaya yang dipancarkan ke langit di sana-sini. Namun, dengan bantuan 'mata' Mallincam ini, saya dapat juga melihatnya, walaupun menerusi kaca TV atau komputer, tetapi tetap secara LIVE! Alhamdulillah.

Jika kita lihat imej di atas, begitu jelas kelihatan dust lane yang merentasi kawasan Bima Sakti di antara buruj Sagittarius dan Scorpio ini. Juga kelihatan menerusi imej ini, gugusan-gugusan bintang M7 dan M6, dan juga Nebula Lagoon dan Trifid.

Cukup jelas di sini, era video astronomi akan dapat mampu mengembalikan keasyikan mencerap langit dari kawasan bandar!

Perincian peralatan yang digunakan untuk imej di atas:

  • Kamera Mallincam Pro Basic
  • Lens 16mm
  • 19 imej di-stack menggunakan perisian Registax 3
  • Contrast dan Brightness diubah menerusi perisian grafik lain.

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Best Viewed With

 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme