Home

Asteroid 2008 TC3 dijangka memasuki atmosfera bumi jam 10.46 pagi hari ini!

Submitted by shahgazer on Tue, 07/10/2008 - 09:45.
  • Berita Luar Negara
  • Penemuan terkini

Alamak! Sebuah asteroid yang baru sahaja ditemui sedang menuju ke arah Bumi dan kebarangkaliannya untuk ia memasuki atmosfera bumi ialah 99.8% !! Asteroid yang diberi nama 2008 TC3 dijangka akan memasuki bumi pada 7 Oktober (Hari ini!) pada jam 10.46 Waktu Malaysia  di sekitar langit utara Sudan menuju ke Laut Merah, menurut kiraan Steve Chesley dari Jet Propulsion Laboratory di NASA.

Saiz meteor ini hanya beberapa meter sahaja dan TIDAK AKAN menyebabkan sebarang bahaya kepada manusia di bumi. Tetapi ia dikatakan akan menghasilkan kesan meteor seperti fireball yang besar dan hebat.

Untuk makluman, asteroid bersaiz serupa sering menghentam atmosfera bumi setiap beberapa bulan, tetapi ini merupakan kali pertama sebuah asteroid seumpama itu yang ditemui SEBELUM ia hancur di atmosfera bumi.

Sumber: spaceweather.com 

 

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Best Viewed With

 

 

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme