Musim Konvensyen Falak peringkat negeri sudah bermula. Pada hujung minggu ini, 2 buah negeri berjiran akan mengadakan Konvensyen Falaknya masing-masing.
Jabatan Mufti Negeri Sembilan akan menganjurkan Konvensyen Falaknya tahun ini di SMKA Sheikh Hj Mohd Said bermula 8 hingga 10 Mei 2009.
Jabatan Mufti Negeri Melaka pula menganjurkan Hari Falak pada 8 dan 9 Mei 2009 di Kompleks Falak Al-Khawarizmi.
Oleh itu, pilihlah yang mana satu sesuai untuk anda dan jom sama-sama berjumpa kembali rakan-rakan dan peminat astronomi di Konvensyen ini.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Mufti yang terlibat.


