Jika anda ternampak muka saya tengah TT (Teh Tarik) ni, bermakna anda telah selamat mengharungi 3 hari bumi tak jadi bergelap, dan tarikh 21hb Dis yang penuh tragis dan huru-hara (kononlah).

:-D

Nak ceritanya, Falak Online telah pun berpindah rumah. Bermula sekarang silalah kemaskini link ke WWW.FALAKONLINE.NET ,  tak perlulah letak apa-apa selepas tu, kerana ia akan redirect ke muka hadapan BARU yang sepatutnya.

Laman lama (yang anda lihat sekarang ni), InsyaAllah akan kekal untuk beberapa bulan mendatang. Ia akan menyenaraikan KESEMUA artikel lama saya di FO, bagi rujukan anda semua. Maka, kalau anda nak masih nak marah-marah kat saya berkenaan artikel "3 hari bergelap tu" , masih boleh berbuat demikian, saya terima dengan hati terbuka! :-)

Apa pun, InsyaAllah 2013 mendatang akan terdapat beberapa pembaharuan yang saya dan rakan-rakan Personaliti Astronomi lain usahakan, demi kemajuan bidang Astronomi di Malaysia.

Jom dan Selamat Datang Ke Tahun Baru 2013. 

Jemput masuk --->  WWW.FALAKONLINE.NET

 

Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010

Tag: gerhana matahari, arkib

Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat. 

 

Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

 

Kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di malaysia adalah seperti berikut:

 

Kuala Lumpur

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM

Fasa Maksimum (41% 28.6% Matahari Tertutup):4:26 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM

 

Kota Bharu

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:03 PM

Fasa Maksimum (47% 34.5% Matahari Tertutup):4:31 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:45 PM

 

Langkawi (Kuah)

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:54 PM

Fasa Maksimum (52%  39.7% Matahari Tertutup):4:27 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:46 PM

 

Kuching

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:34 PM

Fasa Maksimum (23%  12.2% Matahari Tertutup):4:34 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:27 PM

 

Miri

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:43 PM

Fasa Maksimum (24% 12.9% Matahari Tertutup):4:41 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:33 PM

 

Kota Kinabalu

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:47 PM

Fasa Maksimum (24% 13.5% Matahari Tertutup):4:44 PM

Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:35 PM

 

Nota: Kiraan dibuat berdasarkan waktu standard Malaysia. Perisian Skymap Pro (versi 8). Laman web Solar Eclipse Calculator

Ada sedikit kekeliruan terhadap data peratusan matahari tertutup di atas. Nilai sebelum ini adalah berdasarkan tafsiran salah terhadap eclipse magnitude dan bukannya eclipse obscuration.  

Laman web NASA yang disediakan oleh Fred Espanak mengandungi peta interaktif gerhana menggunakan Google Map. Klik SINI 

 

Nota: Waktu kejadian yang dipaparkan di laman web NASA adalah berdasarkan Universal Time (UT). Untuk tukar ke waktu Malaysia, sila tambah 8 jam.

 

Cara melihat gerhana 

Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta. 

Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera). 

Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection). 

Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda! 

Rujuk SINI

 

Suasana ketika Gerhana Matahari Separa.

 

Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan 'kurang' terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.

 Rajah di atas menunjukkan keadaan ketika gerhana maksimum dari Kuala Lumpur. Simulasi dibuat menggunakan perisian Stellarium.

 

Comments

ekin88
Mon, 04/01/2010 - 20:44

Kalau kat Kl nak tengok kat ne???

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system