Komet, Gerhana dan Lintasan ISS

Tag: arkib

Komet Lulin yang semakin cerah di awal pagi, sudah mula mencapai kecerahan magnitud mata kasar. Dianggarkan beberapan minggu mendatang, ia akan menjadi lebih terang dan mudah dilihat dari kawasan langit yang gelap. Kedudukan komet ini sekarang ialah di kawasan buruj Libra, iaitu berhampiran dengan buruj Scorpio.

(Foto oleh Karzaman - LNO)

Sementara itu, saya mencuba-cuba utiliti web di Spaceweather, berkenaan dengan waktu kemunculan ISS di langit, dan mendapati untuk 10 hari yang akan datang, ISS akan muncul di langit senja dengan kecerahan setanding dengan planet Zuhrah!

Kiraan yang dibuat adalah berdasarkan lokasi Sungai Buloh. Saya galakkan anda yang berminat untuk menjejaki kapal angkasa gergasi ini, supaya menggunakan utiliti tersebut sekerap yang mungkin, kerana ISS ini memang amat cerah dan bergerak agak laju apabila ia merentasi langit.

Jangan lupa juga malam esok, Bulan akan digerhanakan oleh bayang-bayang penumbra Bumi bermula dari jam 8 malam sehinggalah tengah malam. Jadi bolehlah cuba-cuba skil fotografi anda untuk merakam fenomena tersebut.

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system