Jika anda ternampak muka saya tengah TT (Teh Tarik) ni, bermakna anda telah selamat mengharungi 3 hari bumi tak jadi bergelap, dan tarikh 21hb Dis yang penuh tragis dan huru-hara (kononlah).

:-D

Nak ceritanya, Falak Online telah pun berpindah rumah. Bermula sekarang silalah kemaskini link ke WWW.FALAKONLINE.NET ,  tak perlulah letak apa-apa selepas tu, kerana ia akan redirect ke muka hadapan BARU yang sepatutnya.

Laman lama (yang anda lihat sekarang ni), InsyaAllah akan kekal untuk beberapa bulan mendatang. Ia akan menyenaraikan KESEMUA artikel lama saya di FO, bagi rujukan anda semua. Maka, kalau anda nak masih nak marah-marah kat saya berkenaan artikel "3 hari bergelap tu" , masih boleh berbuat demikian, saya terima dengan hati terbuka! :-)

Apa pun, InsyaAllah 2013 mendatang akan terdapat beberapa pembaharuan yang saya dan rakan-rakan Personaliti Astronomi lain usahakan, demi kemajuan bidang Astronomi di Malaysia.

Jom dan Selamat Datang Ke Tahun Baru 2013. 

Jemput masuk --->  WWW.FALAKONLINE.NET

 

Dec
21

15 (+1) perkara yang perlu tahu berkenaan Peta Bintang FO yang awesome itu, tapi malu nak bertanya pasal takut kena gelak

Tag: faq, blog

 

15 (+1) perkara yang perlu tahu berkenaan Peta Bintang FO yang awesome itu, tapi malu nak bertanya pasal takut kena gelak

 

Soalan 1: Guna perisian apa tu?

Jawapan: SkySafari Pro untuk OSX

 

Soalan 2: Boleh nampak dengan mata ke?

japan: Yes. 99% Peta Bintang tu adalah benda yang boleh nampak dengan mata. Yang selebih 1% tu kadang-kadang saya tunjuk apa yang boleh dilihat menerusi BInokular. Lagi »

Dec
21

Solstis Musim Sejuk hari ini... rutin tahunan biasa-biasa je...

Tag: soltis, blog

 

Soltis Musim Sejuk berlaku hari ini.

Apa yang berlaku ye?

Kita semua tahu yang paksi Bumi ini senget 23.5 darjah. Maka dalam setahun orbit Bumi mengelilingi matahari, adakalanya Matahari akan berada ke utara daripada garisan khatulistiwa dan adakalanya bergerak ke selatan khatulistiwa.

Pergerakan matahari ini ada ketikanya akan berada pada kedudukan arah kiblat kita. Lagi »

Dec
18

Adakah Matahari, Bumi dan Pusat Galaksi akan sejajar 21 Disember 2012 ni?

Tag: 2012, blog

Adakah Matahari, Bumi dan Pusat Galaksi akan sejajar 21 Disember 2012 ni?

NOPE! No such thing!

Malah, kalau kita periksa dan kira kedudukan Matahari, Bumi dan Pusat Galaksi pada tarikh atas, Matahari akan berada hampir 6 darjah JAUH dari titik Pusat Galaksi.

 

6 Darjah tu = 12 KALI Diameter Matahari (bila kita lihat matahari di langit).

Kalau sejajar, dah pasti ia TEPAT berada 0 Darjah dari Titik Pusat Galaksi tu.

 

Soalan: Tapi, itu kira dekat lah tu! Memang boleh dikira SEJAJAR! Lagi »

Dec
18

Penjajaran planet-planet pada 21 Disember 2012 ni?

Tag: 2012, blog

Penjajaran planet-planet pada 21 Disember 2012 ni?

NOPE! No such thing!

Bukalah mana-mana perisian astronomi. Set Tarikh kepada 21 Disember 2012, dan lihat sendiri kedudukan planet-planet pada waktu tersebut.

Di bawah ialah siri screenshot berdasarkan perisian SkySafari Pro. Saya terpaksa pecah-pecahkan kerana nak muat semua 8 planet (+pluto) dalam satu screen semua jadi serabut!

 

Rajah 1 di bawah ini ialah kedudukan planet-planet Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh pada 12:01 AM 21 Disember 2012 (Waktu M'sia) Lagi »

Dec
18

Komet menghentam Bumi pada 21 Disember 2012 ni?

Tag: 2012, blog

Komet menghentam Bumi pada 21 Disember 2012 ni?

NOPE! No such thing.

Ketika ini, tiada komet yang berada berhampiran dengan Bumi.

Berdasarkan laman web Astronomi Seiichi Yoshida, yang sentiasa kemaskini maklumat terkini laluan Komet di langit, dan juga merupakan reference saya menjejaki komet selama bertahun-tahun sebelum ini, komet yang paling hampir ketika ini pun terletak pada jarak 69.9 JUTA kilometer dari Bumi pada saat ini. Lagi »

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system