Feb
03

Misi Rosetta untuk mendarat di atas sebuah komet!

Tag: misi angkasa, blog

 

Berita ini amat menarik perhatian saya. Misi kapal angkasa Rosetta akan mencuba sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh sesiapa, iaitu mendarat di atas sebuah komet!

Jika anda mengikut perkembangan kemunculan komet-komet seperti Komet Lovejoy baru-baru ini, anda pasti akan dapat simpulkan bahawa komet ini merupakan sebuah objek yang amat dinamik. Strukturnya sentiasa berubah-ubah. Lagi »

Feb
03

Sepintas Lalu Langit Minggu Ini (5 Feb - 11 Feb 2012)

Tag: mysky, sepintas lalu, blog

 

5 Feb - 11 Feb 2012

Sebelah Petang

Zuhrah

Zuhrah terus menerus mendominasi langit kawasan barat. Ramai ahli Falak Online di Facebook yang mula menyedari kehadiran planet ini, walaupun sebelum ini mungkin terkelirunya sebagai bintang yang cerah.

Planet ini juga sedang semakin menghampiri ke bentuk/fasa separuh tidak lama lagi. Bentuknya sekarang (kalau dilihat menerusi teleskop), adalah seperti bulan gibbous. Lagi »

Feb
01

Asteroid Eros dirakam - 4 jam selepas ia berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi

Tag: asteroid, blog

Alhamdulillah sekali lagi saya sempat merakam lintasan asteroid 433 Eros pada tengahari tadi menerusi teleskop yang disewa di Sepanyol. Namun, saya terlepas 4 jam daripada saat dan ketika asteroid ini berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi.

Video dibawah diambil pada jam 3 pagi waktu tempatan di Sepanyol, bersamaan 11 pagi waktu Malaysia. Rakaman kali ini lebih panjang, iaitu hampir 30 minit, dengan setiap frame diset waktu dedahan selama 60 saat.

Maklumat terperinci adalah seperti berikut: Lagi »

Jan
30

Pergerakan laju asteroid 433 Eros berjaya dirakam

Tag: asteroid, blog

Asteroid 433 Eros merupakan near-earth asteroid yang pertama ditemui pada tahun 1898. Ia merupakan asteroid yang penuh sejarah kerana selain daripada di atas, ia juga melakar nama pada tahun 2000 dan 2001 apabila kapal angkasa NASA bernama NEAR-Shoemaker memasuki orbitnya dan mendarat di atas permukaannya!

(Foto di atas merupakan salah satu daripada rakaman tersebut. Credit NASA)

Kini, ia sedang melintasi hampir dengan Bumi. Pada 31 Jan 2012 nanti, ia akan berada pada titik paling hampir, iaitu pada jarak 70 kali jarak bulan. Agak jauh tu, dan tidak perlu panik! Lagi »

Jan
27

Sepintas Lalu Langit Minggu Ini (29 Jan - 4 Feb 2012)

Tag: mysky, sepintas lalu, blog

 

29 Jan - 4 Feb 2012

Sebelah Petang

Zuhrah

Planet yang paling cerah di langit ketika ini, Zuhrah terus menyinari langit senja. Kedudukannya kekal ke arah barat. Namun, bagi mereka yang bermata tajam, pasti akan dapat lihat bahawa ia sebenarnya sedang bergerak perlahan-lahan ke arah kanan (utara) dari kedudukan sehari sebelumnya. Lagi »

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system