Foto kredit: aziz
[DISKUS] Pada 26 Jun 2010 nanti, akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali ini, kita di Malaysia tidak dapat melihat kejadian ini secara keseluruhan dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana ketika Bulan terbit sekitar waktu Maghrib pada tarikh tersebut, ia sudah pun menghampiri fasa gerhana maksimum.

Sekali lagi rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang dijangka akan berlaku pada awal pagi 22 Julai 2009 nanti. Berdasarkan kiraan Skymap Pro 8, di Kuala Lumpur, waktu kemunculan gerhana matahari adalah seperti berikut:
Untuk maklumat ahli NETT. Latihan terakhir sebelum ekspedisi Gerhana China akan berlangsung seperti berikut:
Sesuatu yang menarik sedang berlaku di Musytari. Setiap 6 tahun sekali, orbit Bumi akan melintasi satah orbit Musytari. Ini akan menyebabkan kita melihat Musytari dan pergerakan bulan-bulannya dari sudut 0 darjah. Apabila ini berlaku, kita berpeluang menyaksikan fenomena gerhana dan penghijaban berganda yang akan dilakukan oleh bulan-bulan planet tersebut.
Komet Lulin yang semakin cerah di awal pagi, sudah mula mencapai kecerahan magnitud mata kasar. Dianggarkan beberapan minggu mendatang, ia akan menjadi lebih terang dan mudah dilihat dari kawasan langit yang gelap. Kedudukan komet ini sekarang ialah di kawasan buruj Libra, iaitu berhampiran dengan buruj Scorpio.
Saya akan bertolak ke Anyer, Indonesia esok untuk mencerap Gerhana Matahari Cincin bersama-sama dengan lebih 50 orang lain team NETT dari Malaysia di tapak berhampiran Rumah Api Anyer. Melainkan ada internet di kawasan hotel atau cerapan tersebut, saya akan hanya dapat kemaskini web FO apabila pulang ke KL hari Rabu minggu hadapan.

