Feb
09

Hari bersejarah - telah disenaraikan di ruangan 'Members in Focus' di dalam iTelescope

Tag: pengumuman, blog

Alhamdulillah, beberapa sesi astrofoto menerusi servis iTelescope telah mendapat sedikit pengiktirafan daripada mereka. Semalam (8 Feb 2012) , pihak iTelescope telah memasukkan saya ke dalam ruangan 'members in focus'. :-)

Saya lihatnya sebagai rezeki dari Allah SWT. Tanpa keizinanNya, tak mungkin akan mendapat peluang sebegitu. Kalau dilihatkan, pengguna-pengguna tegar iTelescope semuanya otai-otai belaka, sementara saya ni hanyalah pemain simpanan menunggu peluang di dugout!

Alhamdulillah!

Ledakan teknologi yang berlaku di dalam dunia astronomi sekarang merupakan sesuatu yang amat mencabar. Bukan sahaja kita terpaksa berdepan dengan komuniti amatur yang begitu aktif dari seluruh dunia, bersaingan merebut setiap inci peluang yang ada,  malah komuniti amatur ini sendiri terpaksa berdepan dengan sistem teleskop robotik yang sentiasa memerhati lagi secara automatik.

Dalam erti kata lain, zaman sekarang manusia sudah mula bersaing dengan robot! terminator?

Namun, di dalam saingan ada kebaikannya. Ia setidak-tidaknya meningkatkan semangat dan iltizam pencerap dan pemerhati langit untuk lebih konsisten serta menyusun lebih kemas perancangan untuk meneropong angkasa.

Hujung bulan Februari ini, balai cerap SGO saya akan berusia 1 tahun. Cuaca pun semakin elok di Kuala Lumpur. Setidak-tidaknya adalah juga peluang untuk menerobos ruang angkasa Malaysia. Malangnya kita juga sentiasa berdepan dengan corak cuaca yang tidak menentu, di samping maklumat cuaca yang tidak konsisten atau tepat dari Jabatan Meteorologi tempatan. Maka disebabkan itu, kita sering terlepas fenomena-fenomena astronomi yang menarik. Peluang yang ada terpaksa dilepaskan begitu sahaja.

Persoalannya, adakah kita akan duduk diam dan sekadar berkata, "nak buat macamana.. dah nasib!" ??

Bagi saya secara peribadi, jawapan tersebut tidak boleh diterima. Sekarang, banyak cara lain yang boleh digunakan mencerap. Kaedah untuk mencerap objek-objek langit semakin dipelbagaikan. Siapalah sangka kita boleh 'menyewa' teleskop secara online? Siapalah sangka kita boleh melihat streaming video dari teleskop yang terletak di negara lain?

Terpulanglah kepada kita, samada ingin memerah otak memikir idea kreatif mencari alterntatif kepada kekurangan yang ada, atau terus terduduk termangu-mangu menerima 'nasib' yang menimpa.

Sekadar luahan hati di pagi Khamis.

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system