Jika anda ternampak muka saya tengah TT (Teh Tarik) ni, bermakna anda telah selamat mengharungi 3 hari bumi tak jadi bergelap, dan tarikh 21hb Dis yang penuh tragis dan huru-hara (kononlah).

:-D

Nak ceritanya, Falak Online telah pun berpindah rumah. Bermula sekarang silalah kemaskini link ke WWW.FALAKONLINE.NET ,  tak perlulah letak apa-apa selepas tu, kerana ia akan redirect ke muka hadapan BARU yang sepatutnya.

Laman lama (yang anda lihat sekarang ni), InsyaAllah akan kekal untuk beberapa bulan mendatang. Ia akan menyenaraikan KESEMUA artikel lama saya di FO, bagi rujukan anda semua. Maka, kalau anda nak masih nak marah-marah kat saya berkenaan artikel "3 hari bergelap tu" , masih boleh berbuat demikian, saya terima dengan hati terbuka! :-)

Apa pun, InsyaAllah 2013 mendatang akan terdapat beberapa pembaharuan yang saya dan rakan-rakan Personaliti Astronomi lain usahakan, demi kemajuan bidang Astronomi di Malaysia.

Jom dan Selamat Datang Ke Tahun Baru 2013. 

Jemput masuk --->  WWW.FALAKONLINE.NET

 

Aug
15

Hilal Syawal 1433 Hijrah

Tag: hilal, syawal, blog

Pembetulan: Rajah sebelum ini ada ralat sedikit dari sudut umur Hilal. Saya dah update gambarajah terbaru di atas. Terima kasih buat Haji Sukiman (Gombak) yang menegur, serta juga Ustaz Annuar (Falak Penang) dan juga Dr. Baharrudin (UniSZA).

Saya amat jarang mengumumkan kenampakan hilal di internet. Kalau ada pun, saya kongsi-kongsi secara peribadi menerusi emel. Namun, tahun ini tergerak pulak hati untuk berkongsi, lebih-lebih lagi ramai yang bertanya berkenaan dengan isu ini.

Maka, saya pun melakukan beberapa kiraan menggunakan gabungan beberapa perisian dan utiliti di internet, dan kemudian melukis satu gambarajah ringkas kedudukan Hilal, dalam keadaan seringkas yang mungkin, supaya ramai yang dapat faham.

Pada asalnya, saya poskan kedudukan Hilal untuk Kuala Lumpur di wall facebook saya DI SINI

Beberapa komen dan pendapat daripada guru-guru Falak, telah menaikkan semangat saya untuk berkongsi dengan lebih luas. Komuniti Falak Online pun sudah semakin meningkat secara mendadak (ketika artikel ini ditulis, jumlah pengikut di Page Falak Online sudah melebih 9500).

Kemudian, saya cuba fikirkan kaedah terbaik untuk memberi maklumat ini. Adakah saya perlu kira untuk semua bandar-bandar utama di Malaysia? Jenuh jugak tu!

Tiba-tiba hati saya teringat kisah hilal Zulhijjah tahun lepas, yang mana ada perbincangan yan merujuk kepada stesyen paling timur dan stesyen paling barat di Malaysia. Saya rasa kalau pilih 2 stesyen ini pun dah memadai. Mana-mana lokasi yang terletak di antara keduanya pasti akan turut memenuhi syarat kenampakan hilal Syawal untuk tahun ini.

Cara saya dapatkan nilai itu ialah seperti berikut:

  1. Dengan menggunakan perisian SkySafari (atau mana-mana perisian astronomi, seperti Stellarium) untuk mendapat RA dan DEC  Bulan dan Matahari bagi kedua lokasi tersebut. Selain itu Altitud dan Umur Bulan juga dicatat.
  2. Untuk Angular separation atau jarak lengkung antara Bulan dan Matahari, saya menggunakan sebuah utiliti kiraan di internet di SINI, dengan memasukkan nilai RA, Dec kedua-dua Bulan dan Matahari pada saat matahari terbenam.

Hasilnya ialah seperti gambarajah di atas. Maklumlah rakyat facebook ni suka sangat dengan posting yang melibatkan gambar-gambar, berbanding penerangan. Maka, saya telah usaha menghasilkan grafik yang seringkas mungkin agar majoriti yang melihatnya boleh faham.

Mudah-mudahan ia dapat membantu anda semua!

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system