Fenomena langit yang fokus kepada perhimpunan planet-planet dan bulan
Menanti itjimak planet-planet di langit menjelang Ramadhan!
Malam semalam merupakan antara hari-hari yang cukup cantik dan bebas dari awan tebal ataupun hujan.
Bermula dari Maghrib lagi, cukup jelas kelihatan planet Zuhrah yang bersinar terang benderang di ufuk langit barat.
Samada kita sedar atau tidak, berhampiran dengan Zuhrah, atau lebih tepat lagi, di atas dari kedudukan planet tersebut, terda[at 2 buah planet lagi yang sedang perlahan-lahan berlayar menuju rendah ke barat, dan dalam masa 2 minggu lagi, akan bertemu dengan Zuhrah itu sendiri.
Himpunan Zuhrah dan Utarid
Planet Zuhrah dan Utarid sekali lagi akan berhimpun di langit beberapa hari mendatang ini. Perhatikan arah Barat, di lokasi di mana matahari terbenam. Mulakan pemerhatian sekitar jam 7.30 PM. Zuhrah akan kelihatan seperti sebutir 'bintang' yang amat cerah. Kemudian, dengan teliti cuba lihat ke arah kanan bawah darinya. Planet Utarid akan kelihatan seperti sebutir bintang yang kecil mendampingi Zuhrah.
Kedua-dua planet ini akan kelihatan bergerak bersama-sama ke arah kanan selama 3-4 hari sebelum Utarid kembali menjunam rendah ke arah ufuk meninggalkan Zuhrah keseorangan.
Zuhal, Gelang dan Pembaris Plastik
(Image credit: NASA Cassini-Huygens)
Zuhal merentasi posisi Istiqbalnya ahad lepas. Saya pun tak pasti bagaimana boleh terlepas pandang tarikh tersebut. Besar kemungkinan saya sedang bertungkus lumus mencari kaedah terbaik untuk astrofotgrafi di Punggai, Johor pada hujung minggu tersebut.
Walaupun begitu, peredaran planet-planet merentasi orbitnya tetap berlaku dan tidak akan menuggu sesiapa. Namun, ada juga yang tertanya-tanya. Jika terlepas untuk melihat Zuhal pada tarikh keramat 22 Mac lepas, rugi lah!
Mari berdansa bersama Bulan dan Musytari petang ini!
Info saat-saat terakhir. Pada petang ini, sebaik sahaj selepas maghrib, perhatikan ke arah ufuk Barat. Akan kelihatan Bulan sabit berumur 2 hari lebih sikit.
Yang menariknya, di sebelah Bulan, kelihatan pula planet Musytari! Kiraan saya menerusi Skymap Pro menunjukkan kedua-duanya dipisahkan sejauh 4 darjah sahaja! Dekat tu!Peluang peminat astrofoto mengambil peluang merakam fenomena ini!
Bulan, Zuhrah dan Zuhal berkumpul

Kesesakan lalu lintas pagi esok. Saya tidak maksudkan berkenaan kereta tetapi mengenai keadaan langit di ufuk timur pada awal pagi esok dan lusa.
Bulan sabit tua semakin hari semakin mengecil, menandakan penghujung bulan Syawal tahun ini. Namun, ia tidak akan menutup tirainya tanpa sebarang gimik. Yang pasti beberapa siri himpunan planet menarik akan berlaku.
Bermula selepas Subuh esok (16 Okt), seeloknya sekitar 6.30 pagi, Bulan akan berada di kedudukan atas kanan daripada planet Zuhrah dan ZUhal. Ia akan dipisahkan sejauh 8 darjah.
Zuhrah dan Zuhal pula membentuk pasangan objek yang berada agak rendah di ufuk, dengan Zuhrah terus mendominasi daripada segi kecerahannya yang berlipat kali ganda lebih terang dari Zuhal, yang berada di kedudukan lebih atas.
Pada awal pagi Sabtu (17 Okt), Bulan semakin rendah dan kali ini ia sudah beranjak ke kedudukan kanan bawah dari pasangan planet Zuhrah-Zuhal. Utarid kebetulan berada berhampiran ke arah kiri bawah dari Bulan dan bersinar pada magnitud -1. Namun kedudukannnya yang amat rendah dengan ufuk, di samping langit yang semakin cerah, mungkin menyukarkan kita melihatnya.
(Klik gambarajah sebelah untuk paparan besar)
Bulan bertemu Zuhrah dan Marikh di awal pagi 19-20 Jun 2009
Pada awal pagi esok (19 Jun), Bulan sabit tua akan mula menghampiri pasangan planet Zuhrah dan Marikh.
Pandang arah timur, sekitar jam 6 pagi. Tumpukan perhatian anda kepada Bulan. Di sudut ke arah kanan bawah dari Bulan, anda pasti tidak akan terlepas pandang planet Zuhrah, yang menyerupai sebuah 'bintang' yang amat-amat cerah.
Peluang jejaki planet Neptune!
Di antara kesemua 8 buah planet utama di dalam sistem suria kita, hanya sebuah planet yang memiliki warna biru yang amat ... biru! Planet tersebut ialah planet Neptune. Pada kedudukan ke-8 terjauh daripada matahari, planet Neptune berada di kedudukan cukup jauh daripada matahari sehingga menyukarkan kita melihat atau menjejakinya. Malah kecerahannya pada sekitar magnitud 8, adalah di bawah paras kecerahan yang mampu dilihat oleh mata manusia.
Bulan menggapai Utarid dan Seven Sisters petang ini - 26 Apr 2009
Sekali lagi buat dalam masa seminggu, Bulan akan lakukan sebuah perhimpunan dengan sebuah lagi planet, iaitu Utarid. Tetapi kali ini ia akan kelihatan di ufuk Barat, selepas waktu Maghrib. Kali ini ia agak rendah di langit namun, saya rasa dengan cuaca di pantai barat yang panas dan kurang berawan beberapa hari lepas akan memungkinkan kita menjejaki pasangan objek ini.
Bulan, Zuhrah dan Marikh berkumpul lagi.
Himpunan planetari yang menarik awal esok pagi. Bulan, Zuhrah dan Marikh akan berkelompok dalam satu ruang sebesar 7 darjah sahaja, lebih kurang sebesar tapak tangan. Di hemisfera barat, fenomena hijab akan berlaku di antara Bulan dan Zuhrah, cuma kita di Malaysia, timing lari sikit maka tak dapatlah nak menyaksikan kejadian itu.


