Nov
16

Implementasi Disqus untuk komentar tambahan

Tag: pengumuman, blog

Setiap artikel rasmi di web Falak Online sudah boleh diberi komentar tambahan oleh peminat Falak semua, menerusi login FB,Twitter, Google, Yahoo dan OpenID (selain drpd login forum FO itu sendiri). Semoga penambahan itu dapat memberi feedback lebih fleksible, pantas & efisyen terhadap satu-satu topik.

Page FalakOnline di Facebook, saya melihat memberi masalah sikit dari sudut rujukan kembali kepada perbincangan2 dahulu..hilang ke bawah entah ke mana. Namun begitu untuk perbincangan lebih tersusun dan mendalam, saya syorkan agar tuan/puan/cik/abang/adik semua daftar menjadi ahli rasmi forum FO. Kebanyakan soalan yang ditanya di sini telahpun dijawab di otai-otai di forum FO tersebut.

Penambahbaikan ini adalah tanda terima kasih untuk anda semua yang menyokong minat dan perkembangan dunia astronomi di nusantara.

Saya juga dapat ramai ahli di Facebook Falak Online masih segan-segan untuk berbincang di web utama FO, terutama di dalam ruangan forum. Oleh itu saya berharap penambahan ini dapat memberi peluang kepada anda mendekati portal ini secara lebih intim.

Link ke Forum rasmi Falak Online di SINI atau klik icon  

 

 

di penjuru atas kanan web

Saya juga berharap kita sama-sama menggunakan ruangan komentar Disqus itu dengan penuh tanggungjawab. Jika ada yang misbehave... jeng jeng jeng.. faham-faham je la. :-)

 

Pat pat siku lipat,

Semoga ilmu terus melekat! :-)

 

Jom teropong!

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system