Pada lewat malam ini hingga ke Subuh esok, meteor Perseids di jangkakan akan muncul dengan banyak.
Juraian meteor ini, seperti mana juga dengan juraiana meteor lain, akan kelihatan muncul dari arah buruj asalnya. Di dalam kes ini, buruj Perseus.
Namun begitu, untuk melihatnya, anda tidak perlu pandang arah buruj tersebut. Meteor-meteor ini akan muncul di mana-mana sahaja dalam keadaan yang tiba-tiba. Anda tidak akan dapat menjangka pada saat berapakah ia akan muncul.


