Berita ini amat menarik perhatian saya. Misi kapal angkasa Rosetta akan mencuba sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh sesiapa, iaitu mendarat di atas sebuah komet!
Jika anda mengikut perkembangan kemunculan komet-komet seperti Komet Lovejoy baru-baru ini, anda pasti akan dapat simpulkan bahawa komet ini merupakan sebuah objek yang amat dinamik. Strukturnya sentiasa berubah-ubah.
Dalam erti kata lain, komet ialah sebuah entiti yang susah diramal keadaannya.
Misi oleh European Space Agency ini akan cuba mencari jawapan ini dengan memasuki ke dalam orbit komet yang bernama Comet 67 P/Churyumov- Gerasimenko tersebut pada tahun 2014. Ia akan bergerak seiring dengan komet ini dan melihat perubahannya apabila komet ini bergerak menghampiri ke arah matahari.
Lebih menarik ialah, ia akan menghantar sebuah proba kecil dan cuba mendarat di atas permukaannya!
Lebih menakjubkan ialah, cubaan untuk merakam foto panorama di atas permukaan sebuah komet!
Mungkin pada tahun 2014 itu, kita akan dapat tahu samada keadaan komet sepertimana yang digambarkan oleh filem hollywood Deep Impact tepat atau tidak!
Jom tengok video penerangan di bawah. (Jika video tidak muncul, sila refresh page ini)
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.