Jan
27

Sepintas Lalu Langit Minggu Ini (29 Jan - 4 Feb 2012)

Tag: mysky, sepintas lalu, blog

 

29 Jan - 4 Feb 2012

Sebelah Petang

Zuhrah

Planet yang paling cerah di langit ketika ini, Zuhrah terus menyinari langit senja. Kedudukannya kekal ke arah barat. Namun, bagi mereka yang bermata tajam, pasti akan dapat lihat bahawa ia sebenarnya sedang bergerak perlahan-lahan ke arah kanan (utara) dari kedudukan sehari sebelumnya.

Ada cara senang untuk melihat ia berubah kedudukan. Cuba berdiri pada tempat yang sama setiap hari, pada waktu yang sama, selama seminggu. Cuba gunakan tandaan yang ada disekeliling seperti pokok atau bangunan, dan cuba lihat posisi Zuhrah dengan tandaan tersebut. Ulanginya setiap hari dan anda akan dapat lihat dengan jelas perubahan posisi planet ini.

Musytari

Planet Musytari masih berada agak tegak di atas kepala sekitar Maghrib dan Isya. Tetapi ia sudahpun melepasi garisan meridian (tandaan dari titik utara ke selatan) dan sedang perlahan-lahan semakin rendah ke ufuk barat setiap hari. Namun ia masih gah di langit sehinggalah sekitar  tengah malam. 

Menarik minggu ini ialah pada 30 Jan nanti, giliran planet ini pula yang akan diiringi oleh sang Bulan. Ia akan dipisahkan sejauh lebih kurang 4 1/2 darjah antara satu sama lain.

Info di mySKY

Menjelang Tengah Malam

Marikh

Marikh semakin pantas terbit di ufuk timur. Dalam sepanjang minggu ini, ia akan terbit seawal jam 10.15 malam! Ia semakin hampir dengan bumi, dan semakin jelas kelihatan ciri-ciri permukaannya apabila dilihat menerusi teleskop. 

Cuba lihatnya sekitar tengah malam. Ia boleh dikenalpasti dengan agak mudah kerana ia satu-satunya objek cerah di kawasan langit timur, yang berwarna merah!

Tengah Malam

Zuhal

Planet Zuhal juga semakin awal muncul di langit, dengan waktu terbitnya sekitar jam 12.30 tengah malam.

Ia masih kekal berhampiran dengan bintang Spica, di dalam buruj Virgo.

Jika anda mempunyai teleskop, gunalah masa ini untuk meninjau-ninjau sistem gelangnya yang menakjubkan itu.

Bulan

Bulan akan berada hampir dengan Musytari pada 30 Jan nanti. 

Info di mySKY

Keesokannya (31 Jan), ia akan memasuki fas a suku pertama (first quarter). Waktu ini agak menarik untuk dicerap kerana kita berada tepat di atas kawasan bulan yang mana ketika itu matahari sedang terbit di sana! 

Bulan juga berada pada kedudukan apogee (paling jauh dari bumi) pada tarikh yang sama.

Pada 1 Feb, ia akan melintasi berhampiran dengan gugusan bintang, the Seven Sisters. 

Info di mySKY

Himpunan Bulan bersama-sama dengan planet dan gugusan bintang ini amat menarik untuk dirakam menggunakan kamera. Maka, jangan lupa siap sedia dengan peralatan kamera DSLR anda!

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

Powered by Drupal, an open source content management system