Asteroid 433 Eros merupakan near-earth asteroid yang pertama ditemui pada tahun 1898. Ia merupakan asteroid yang penuh sejarah kerana selain daripada di atas, ia juga melakar nama pada tahun 2000 dan 2001 apabila kapal angkasa NASA bernama NEAR-Shoemaker memasuki orbitnya dan mendarat di atas permukaannya!
(Foto di atas merupakan salah satu daripada rakaman tersebut. Credit NASA)
Kini, ia sedang melintasi hampir dengan Bumi. Pada 31 Jan 2012 nanti, ia akan berada pada titik paling hampir, iaitu pada jarak 70 kali jarak bulan. Agak jauh tu, dan tidak perlu panik!
Namun begitu, kehadirannya kali ini memberi peluang kepada peminat astronomi merakamnya dengan senang. Ini adalah kerana ia akan menjadi agak terang, iaitu sekitar magnitud 8.6 bermula pada 25 Jan ini hingga 13 Feb. Selepas itu ia akan kembali pudar ke magnitude 9 pada 25 Jan.
Ini merupakan lintasan yang terakhir kerana jika anda hendak menunggu lintasan seterusnya, kenalah tunggu sehingga Jan 2056!
Sejak pertengahan Januari lagi, saya menunggu dengan sabar kehadiran cuaca yang baik di balaicerap saya di SGO, tetapi malangnya belum ada rezeki lagi untuk merakamnya.
Pada pagi tadi, pegawai di Observatori Negara Langkawi, En. Karzaman telah menyediakan rakaman video asteroid Eros ini dari LNO. Saya cukup teruja melihat video tersebut, dan lebih teruja apabila melihat pergerakan asteroid ini yang agak jelas dari satu frame ke satu frame.
Maka, saya pun menyewa sebuah teleskop di Sepanyol secara online, dan Alhamdulillah berjaya juga merakam asteroid pertama saya!
Cuba lihat video youtube di bawah ini (Sila refresh page ini jika tidak muncul). Jika youtube diharamkan di premis anda, sila klik salinan video di vimeo.
Video Youtube
Video Vimeo
Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.
Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.