Home
Home

Lain-lain

Bulan Perigee lagi, Marikh pun nak ikut sekali!

Submitted by shahgazer on Thu, 28/01/2010 - 22:36.
  • Alat Rakaman
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Bulan
  • Lain-lain
  • Pengumuman
  • Teleskop

Jumaat ini, sedar atau tidak, merupakan fenomena Bulan Perigee sekali lagi. Bulan perigee bermaksud ia pada jarak yang paling hampir dengan Bumir di dalam orbit sebulannya.

Oleh itu, jangan rasa pelik jika Bulan Purnama yang kelihatan esok nampak macam besar sikit, kerana ia memang pun agak besar, iaitu 14% lebih besar dan 30% lebih terang!

 

  • Login to post comments
  • Read more

Marikh 2010!

Submitted by shahgazer on Wed, 20/01/2010 - 09:48.
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Data Istiqbal Planet & Asteroid
  • Lain-lain
  • Tip mencerap

Planet Marikh sekali lagi akan bergerak menghampiri Bumi pada akhir bulan ini. Kali terakhir ia berlaku ialah pada akhir tahun 2007.

Tumpukan mata anda ke langit timur apabila selepas terbenamnya matahari dan menjelang Isya. Anda akan dapat lihat sebuah objek seperti bintang yang amat cerah berwarna oren-kemerahan menyinari langit di kawasan langit tersebut.

  • Login to post comments
  • Read more

Matahari kembali bergelora

Submitted by shahgazer on Wed, 23/12/2009 - 10:21.
  • Lain-lain
  • Penemuan terkini

Wow! Setelah begitu lama matahari menyepikan diri tanpa sebarang aktiviti yang menarik, akhirnya ia mula bergelora. Hari ini, menerusi pemerhatian satelit SOHO (Solar and Helioppheric Observatory), tidak kurang daripada 5 kawasan aktif mula muncul di permukaan matahari yang menghadap ke arah bumi.

  • Login to post comments
  • Read more

Sunspot 1029

Submitted by shahgazer on Mon, 26/10/2009 - 10:33.
  • Astrofotografi
  • Lain-lain

Tidak disangka-sangka, matahari kembali aktif dan menghasilkan sekumpulan tompok matahari atau sunspot beberapa hari lepas. Digelar sebagai Sunspot 1029, ia turut menghasilkan julangan api solar kelas B dan C. Jika sunspot ini terus membesar, ia bakal menjadi sunspot terbesar untuk tahun 2009 ini.

(Foto kiri diambil oleh penulis pada jam 9.30 pagi tadi.)

(Lagi foto di forum) 

  • Login to post comments

Solar Cycle 24 bermula dengan 2 tompok hitam matahari!

Submitted by shahgazer on Wed, 23/09/2009 - 19:42.
  • Data Sistem Suria & Sistem Bintang Lain
  • Lain-lain

Matahari sudah 'hidup' kembali. Apabila sudah agak beberapa lama matahari ketandusan sebarang tompok hitam, hari ini, bukan satu tapi dua tompok hitam matahari kembali muncul. Ini merupakan Sunspot Cycle 24.

  • Login to post comments
  • Read more

Musytari kembali mendominasi

Submitted by shahgazer on Wed, 05/08/2009 - 16:47.
  • Lain-lain
  • Tip mencerap

Beberapa minggu yang lepas, sebuah objek telah terhempas ke arah planet Musytari dan menghasilkan sebuah tompokan hitam di atmosferanya. Tompokan ini serupa seperti Komet Shoemaker-Levy 9 terhempas pada tahun 1994.

  • Login to post comments
  • Read more

Komet, Gerhana dan Lintasan ISS

Submitted by shahgazer on Sun, 08/02/2009 - 15:42.
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Gerhana, Hijab, Transit
  • Komet
  • Lain-lain

Komet Lulin yang semakin cerah di awal pagi, sudah mula mencapai kecerahan magnitud mata kasar. Dianggarkan beberapan minggu mendatang, ia akan menjadi lebih terang dan mudah dilihat dari kawasan langit yang gelap. Kedudukan komet ini sekarang ialah di kawasan buruj Libra, iaitu berhampiran dengan buruj Scorpio.

(Foto oleh Karzaman - LNO)

  • Login to post comments
  • Read more

Venus pada petang tadi - 5 Jan 2009

Submitted by shahgazer on Mon, 05/01/2009 - 22:04.
  • Alat Rakaman
  • Astrofotografi
  • Lain-lain

Petang tadi, saya ambil peluang dari masa yang terluang untuk merekod imej planet Venus menerusi teleskop 8" LX90 dengan menggunakan TouCam Pro. Disebabkan pada waktu itu, planet ini sudah agak rendah, saya terpaksa angkut teleskop naik tingkat 2, dan mencerap menerusi tingkap ;-) . Suhu yang tidak seimbang di dalam rumah dan luar, beserta kedudukan altitud planet yang rendah menyebabkan keadaan planet ini seperti bergelora.

  • Login to post comments
  • Read more

Zuhal berubah wajah!

Submitted by shahgazer on Thu, 25/12/2008 - 18:55.
  • Lain-lain

 Jika anda ingin melihat planet Zuhal di dalam keadaan seolah-olah sistem gelangnya 'hilang', sekarang adalah masanya.

Minggu ini merupakan masa dan ketika di mana sudut orbit Bumi dan sistem gelang Zuhal  berada pada satah yang hampir sama. Kesannya ialah kita berpeluang melihat gelang Zuhal dari tepi. Dan disebabkan gelang Zuhal amat nipis, maka ia nampak seperti hanya seperti sebuah garisan sahaja!

  • Login to post comments
  • Read more

Musytari kembali mendominasi langit

Submitted by shahgazer on Wed, 02/07/2008 - 15:26.
  • Berita Tempatan dan Nusantara
  • Lain-lain

 Mustari sedang menuju ke posisi istiqbalnya untuk tahun 2008 pada 7 Julai nanti. Disebabkan pergerakan orbit planet ini jauh lebih perlahan berbanding Bumi, Musytari akan sentiasa dapat dikejar oleh Bumi setiap tahun.

  • Read more
12next ›last »

Best Viewed With

 

Produced with the financial assistance of the eContent Fund Malaysia

Logo MOSTI  Logo MOSTI

 

Copyright © 1999-2010 Falak Online. All rights reserved. Powered by Drupal.

Penafian: Falak Online tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini.

RoopleTheme