Surau As-Sakeenah TTDI Jaya, Shah Alam akan menganjurkan Sesi Cerapan dan Talk Show Astronomi pada
Jumaat Malam Sabtu: 26 Mac 2010 ini Waktu: Lepas Isya'
Surau As-Sakeenah TTDI Jaya, Shah Alam akan menganjurkan Sesi Cerapan dan Talk Show Astronomi pada
Jumaat Malam Sabtu: 26 Mac 2010 ini Waktu: Lepas Isya'
Sempena dengan fenomena juraian meteor Geminids, Kelab Belia Meru dengan kerjasama & sokongan Falak Online dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak, akan mengadakan satu aktiviti perkhemahan Astronomi Menjejak Meteor Geminids (lihat poster di sebelah) pada 12-13 Disember ini.
Di jangkakan pada awal lagi 13hb nanti, meteor Geminids akan muncul dalam kadar 22 meteor sejam!
Lokasi cerapan cukup gelap dan sesuai untuk melakukan penjejakan meteor ini, oleh itu jom kita meramaikan Gopeng Fishing Pond & Camp.
Musim Konvensyen Falak peringkat negeri sudah bermula. Pada hujung minggu ini, 2 buah negeri berjiran akan mengadakan Konvensyen Falaknya masing-masing.
Jabatan Mufti Negeri Sembilan akan menganjurkan Konvensyen Falaknya tahun ini di SMKA Sheikh Hj Mohd Said bermula 8 hingga 10 Mei 2009.
Jabatan Mufti Negeri Melaka pula menganjurkan Hari Falak pada 8 dan 9 Mei 2009 di Kompleks Falak Al-Khawarizmi.
Oleh itu, pilihlah yang mana satu sesuai untuk anda dan jom sama-sama berjumpa kembali rakan-rakan dan peminat astronomi di Konvensyen ini.
KAFA Integrasi Al Irshad akan menganjurkan Malam Jelajah Angkasa pada
Tarikh: 11 April 2009 (Sabtu ini)
Masa: 5pm - 11pm
Tempat: Masjid Al-Ubudiah, Tasek Tambahan, Ampang, Selangor.
Semua peminat Falak berhampiran dijemput hadir.
Peta Lokasi menerusi Google Earth boleh dimuat turun di SINI.
Tamatnya Earth Hour pada Sabtu lepas, kini sebuah lagi aktiviti global akan diadakan iaitu 100 hours of Astronomy. Ia merupakan sebuah aktiviti star-party besar-besaran seluruh dunia dan akan bermula dari 3 hingga 5 April 2009 nanti. Penganjur program tersebut UiTM, Arau telah berbesar hati menjadi tuan rumah kepada sebuah program kerjasama global yang ulung bagi para peminat astronomi seluruh dunia. Menurut pemerhatian saya, UiTM Arau merupakan program tempatan pertama yang telah mendaftar di laman web 100 Hours! Tahniah!
Penumpuan program 100 hours ini, selain daripada beberapa siri ceramah astronomi, ialah aktiviti cerapan langit (siang dan malam) yang akan diadakan sepanjang tempoh tersebut. InsyaAllah, saya akan usahakan buat Live streaming video dari sana nanti.
Esok akan berlangsungnya Earth Hour. Bermula jam 8.30 malam sehingga 9.30, kita disarankan untuk menutup lampu selama sejam untuk menunjukkan sokongan kita memelihara bumi.
Untuk kita, peminat-peminat Astronomi, gunalah peluang ini untuk menyaksikan perbezaan bintang-bintang di langit, di antara ketika lampu menyala, dan lampu padam. Cuba perhatikan jumlah bintang yang muncul pada kedua-dua ketika. Ini merupakan satu aktiviti yang menarik dan juga satu eksperimen yang jelas yang menunjukkan betapa seriusnya pencemaran cahaya yang berlaku disekeliling kita.
Jom kita bertebaran ke lokasi-lokasi strategik dan sama-sama perhatikan jika rakyat Malaysia ini, prihatin atau tidak perihal isu ini.
Program Realiti di Kota Bharu akan bermula esok. Saya mengucapkan selamat memulakan perjalanan jauh bagi peserta yang kebanyakkannya datang dari pantai barat. Mudah-mudahan langit cerah untuk 2 malam tersebut, InsyaAllah
*************************************************************
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang melawat ke gerai pameran Falak Online di Konvensyen Falak Negeri Pahang 2008 pagi tadi, diiringi oleh Menteri Besar Pahang YB. Dato' Sri Adnan Bin Haji Yaakob.
Laporan selanjutnya oleh Muzamir di FORUM FORUM KOMUNITI FALAK ONLINE yang baru.
Jangan lupa, juraian meteor Geminids akan memuncak pada 13 dan 14 Disember ini. Ia berlaku apabila Bumi melintasi kawasan laluan komet 3200 Phaethon. Habuk dan debu peninggalan komet inilah yang akan membentuk hujan meteor Geminids.
Bersempena dengan IYA 2009 nanti, saya di dalam proses untuk menambah bahan rujukan di FO. Oleh itu, saya melancarkan Projek Astrofotografi Bersama Falak Online.
Saya amat memerlukan bantuan ahli-ahli semua untuk 2 projek astrofografi di bawah:
1. Foto wide-angle 12 buah Buruj Zodiak
2. Foto wide-angle Bulan untuk KESELURUHAN FASA Bulan, dari Hilal sehinggalah ke Bulan Sabit Tua.